Saturday, January 9, 2010

TAMADUN INDIA

1 ZAMAN PRASEJARAH

Zaman Batu Awal (Paleolitik) dapat dibuktikan melalui penemuan-penemuan arkeologi yang membawa kita sehingga ke tahun 400,000SM, tetapi ketidakwujudan atau kekurangan lain-lain bukti telah menghadkan pengetahuan tentang kehidupan zaman ini. Berdasarkan penemuan jenis-jenis peralatan batu dapat disimpulkan bahawa aktiviti pemburuan dan mengumpul bahan-bahan makanan berlaku di tebing sungai. Pada zaman berikutnya, iaitu Zaman Batu Pertengahan (Mesolitik) penduduk India telah menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Bukti-bukti menunjukkan wujudnya konsep kehidupan selepas kematian, menghiasi badan, menggunakan binatang kecil dan penggunaan biji-bijian. Di Zaman Batu Baru (Neolitik), unsur-unsur zaman batu ini selaras dengan unsur-unsur zaman batu di beberapa kawasan lain di dunia. Bentuk budaya yang muncul di India menunjukkan alat-alat batu yang digilap, pertanian, penternakan, tembikar dan penggunaan kayu dalam pembinaan. Tinggalan-tinggalan zaman ini terdapat hampir di seluruh kawasan


benua kecil India dan mereka telah mengetahui kaedah menghasilkan benang dan kain. Dalam konteks ini, tradisi Zaman Batu Baru dianggap sebagai pendahuluan kepada kemunculan tamadun Harrapa (3,000-1,500SM) di Lembah Sungai Indus.

2 ZAMAN PROTOSEJARAH

Zaman proto-sejarah di India bermula lebih kurang pada tahun 3,000SM di Lembah Sungai Indus. Penemuan-penemuan tinggalan arkeologi di kawasan Harappa (di daerah Montgomery, Punjab) yang bermula pada tahun 1872 dan di Mohenjo-daro (di daerah Larkana, Sind) pada tahun 1921 menunjukkan masyarakat Lembah Sungai Indus telah mencapai suatu tahap tamadun yang tinggi termasuk dalam bidang pertanian, pertukangan dan organisasi. Di Mesopotamia, dijumpai barang-barang buatan Harappa (2,400-2,300SM) dan ini membuktikan serta menyakinkan kita tentang perdagangan antarabangsa yang telah berlangsung ketika itu antara dua kawasan peradaban. Budaya Lembah Sungai Indus meliputi kawasan Punjab, Sind, utara Rajasthan dan kawasan Kathiawar di barat India. Penemuan-penemuan arkeologi di Harappa, Mohenjo- daro, Lothal, Kalibangan dan Dholavira di Lembah Sungai Indus menunjukkan bahawa India (tamadun Indus) juga merupakan perintis dalam pembentukan peradaban-peradaban dunia seiring dengan kemunculan tamadun Mesopotamia (Sumeria), tamadun Mesir dan tamadun Cina.

Melalui kaedah arkeologi, carigali-carigali menunjukkan bahawa penduduk Lembah Sungai Indus memiliki kemahiran dalam perancangan bandar dan peraturan kesihatan. Mengenai perancangan bandar, kota-kota itu mempunyai jalan yang lebar (9-34 kaki) dan lurus serta panjangnya setengah batu untuk digunakan bagi trafik beroda dan orang jalan kaki. Jalan-jalan ini pula mengandungi lorong-lorong yang penuh sesak dengan rumah-rumah. Setiap lorong mempunyai kolam awam dan kebanyakan rumah mempunyai kolam dan tempat mandinya tersendiri. Kota mempunyai sistem saluran yang sungguh tersusun. Bangunan-bangunan perusahaan dan perdagangan serta rumah-rumah tukang, pekedai dan rumah-rumah orang kaya boleh diasingkan dari runtuhan itu. Rumah-rumah dibina dengan batu bata yang dibakar dan asas bangunan dibina di bawah tanah. Perancangan bandar yang rapi, bekalan air yang mencukupi dan sistem saluran yang baik memungkinkan kita membuat andaian bahawa wujudnya kewibawaan sivik yang tinggi. Ini juga terlihat pada tiang- tiang lampu di jalan raya dan sampah sarap seperti tembikar yang pecah dijumpai dalam lubang jauh dari kota. Mengenai penduduknya, ujian-ujian terhadap penemuan tengkorak manusia membuktikan wujudnya empat jenis ras di Mohenjo-daro dan dapat disimpulkan penduduknya merupakan masyarakat kosmopolitan. Penemuan-penemuan seni ukir juga menunjukkan pergaulan atau interaksi antara pelbagai bangsa.


Penemuan alatan membajak yang banyak menunjukkan aktiviti pertanian 2iusahakan secara besar-besaran. Gandum, beras dan barii dijumpai dari runtuhan dan daging lembu, kambing, ikan dan sebagainya merupakan bahan- bahan makanan. Hanya menerusi penemuan patung-patung, mohor-mohor, tangkal dan dari objek-objek kecil dapat kita menemui unsur-unsur budaya lmbah Sungai Indus. Beberapa patung yang ditemui di Lembah Sungai Indus menggambarkan konsep Dewi Ibu dan Dewa Shiva diamalkan. Dewa Shiva nisembah bukan sahaja dalam bentuk patung tetapi juga dalam bentuk lingo, (si mbol rakaman cahaya agung).

Dari mohor-mohor terdapat tanda-tanda kapal tanpa tiang kapal dengan kelasi yang menunjukkan penduduk Mohenjo-daro biasa mengenali kapal-kapal dan benda-benda yang sama dijumpai di Mesopotamia yang memungkinkan kita membuat kesimpulan tentang hubungan rapat dengan luar negeri. Mohor-mohor juga menggambarkan tulisan-tulisan Indus yang disifatkan sebagai logosillabik piktograf). Mereka menggunakan beberapa simbol untuk menandakan burung, manusia, ikan dan sebagainya. Contohnya seperti menandakan sikat, menandakan daun, menandakan ikan atau bintang dan sebagainya.

3 ZAMAN SEJARAH AWAL

Walaupun tamadun Indus telah lenyap lebih kurang pada tahun 1,500SM tetapi unsur-unsur budaya tetap diteruskan di kawasan-kawasan lain terutama di Gujarat. Tembikar merah seperti yang ditemui dalam tamadun Indus digunakan di Gujarat, begitu juga bentuk periuk dan benda-benda logam. Penemuan- penemuan dari galian di Ankamedu dan Adichanallur di India Selatan juga menunjukkan unsur-unsur yang sama dengan tamadun Indus. Di kawasan Gujarat, perdagangan laut memainkan peranan penting terutama di bandar-bandar iaitu Prabhaspatan, Broach dan Nagara. Ini merupakan rantaian dan kesinambungan kepada perdagangan Gujarat.

Budaya Indus mulai mengalami kemerosotan dan akhirnya kedatangan orang-orang Arya pada tahun 1,500SM telah membawa kemunculan satu peradaban baru di barat laut India.

3.1 Zaman Vedik (1,500-500SM)

Asal-usul orang-orang Indo Arya dapat dikesan di kawasan-kawasan antara Poland dan Asia Tengah. Kekurangan kawasan rumput-rampai bagi ternakan mereka telah mendorong kaum ini untuk bermigrasi ke kawasan utara, barat dan selatan. Sebahagian dari kumpulan yang datang ke kawasan Iran dan Iraq meneruskan migrasi sampai ke benua kecil India. Kedatangan mereka tidak berlaku serentak tetapi berselang-seli dan dalam masa inilah berlaku pertembungan budaya dengan penduduk tempatan. Walaupun kumpulan Arya


dapat mengekalkan beberapa unsur-unsur budaya yang dibawa bersama mereka tetapi pertembungan ini menyebabkan kemunculan satu budaya komposit di kawasan utara India yang dikenali sebagai Budaya Indo Arya (Budaya Vedik). Orang-orang Indo Arya telah mencipta teks-teks agama atau Veda-Veda yang mengandungi mazmur-mazmur agama. Dari Veda-veda ini, terutama Rig Veda yang disusun antaratahun 1,200SM dan 1,000SM, kita dapat menyusun dan mengetahui mengenai semua unsur kehidupan politik, sosial, ekonomi dan agama masyarakat Indo Arya.

Asas organisasi politik dan sosial masyarakat Indo Arya ialah kula (keluarga) yang diketuai oleh grihaspati; beberapa keluarga tinggal dalam sebuah kampung (grama) yang diketuai olehgramina; beberapa kampung adalah bahagian visya (bandar) yang diketuai oleh visyapati; dan beberapa visya adalah sebahagian danjana yang diketuai oleh raja (rajana). Kedudukan raja begitu dihormati dan baginda dinasihati oleh mantriparishad (ahli-ahli adalah negarawan yang dipilih oleh raja). Kuasanya dikawal oleh pandangan umum dan undang-undang dan rakyat mempunyai kuasa untuk menggantikan seorang raja yang menyeleweng dalam tugasnya. Dua badan iaitu sahha (anggota-anggotanya terdiri dari ketua- ketua dan orang-orang kaya raya) dan samriti (perhimpunan rakyat) berperanan dan bertanggungjawab mengawal kuasa raja.

Dari sudut percukaian, cukai ke atas tanah merupakan cukai asas. Pertanian merupakan aktiviti utama orang-orang Indo Arya terutamanya tanaman bijirin iaitu barii dan gandum. Selain itu, kegiatan penternakan binatang juga penting dan orang-orang Indo Arya menggunakan lembu dalam bidang pertanian dan sebagai sumber susu. Terdapat juga orang-orang Indo Arya yang menjadi nelayan, tukang dobi, penggunting rambut, penjual daging, pembuat bakul, pembuattembikar.peminjamwangdanpedagang. Bharukachcha dan Tamralipti menjadi kota-kota penting dalam perdagangan luar.

3.2 Zaman Vedik Terkemudian (600-320SM)

Lebih kurang pada tahun 600SM, penubuhan republik dan negeri-negeri beraja di kawasan utara India telah membawa sejarah tamadun India ke satu tahap yang penting. Repubik-republik terletak di kawasan kaki Gunung Himalaya dan di barat laut Punjab manakala negeri-negeri beraja terletak di kawasan Sungai Ganges.

Republik-republik terdiri dari satu puak seperti Shakya, Koliya dan Malla atau gabungan puak-puak seperti Vriji dan Yadava. Kekuatan republik terletak dalam aspek korporat kerajaan iaitu pertemuan wakil-wakil puak atau ketua- ketua keluarga untuk membincangkan perkara-perkara penting. Salah seorang wakil mempengerusikan pertemuan itu dan beliau diberi gelaran "raja" dan pangkat ini bukan berbentuk turun-temurun. Sumber pendapatan sesebuah republik adalah dari cukai tanah, perindustrian dan perdagangan. Bandar-bandar perindustrian dan perdagangan pada zaman ini antaranya Shravasti, Champa,


Rajagriha, Ayodhya, Kaushambi dan Kashi yang penting bagi ekonomi kawasan Ganges manakala Vaishali, Ujjain, Taxila dan Bharukachcha di barat mengadakan hubungan ekonomi yang lebih luas. Di republik ini tidak ada sekatan atau tentangan terhadap pandangan individu yang berbeza dan ini menyebabkan kemunculan pemimpin dan pemikir yang membawa pandangan bukan ortodoks seperti Siddharta Gautama (Buddha) dari puak Shakya dan Vardhamana (Mahavira) dari puakJnatrika.

Negeri-negeri atau kerajaan-kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja berbentuk turun-temurun dan mementingkan sistem dewamja dengan mengadakan upacara-upacara rajasuya (pentahbisan raja), vajapeya (menjadikan raja muda semula) dan asva medha (pengorbanan kuda). Dalam konteks ini, raja-raja dan golongan sami-sami bekerjasama dalam menekankan konsep dewaraja.

Peperangan untuk menentukan keagungan politik dan kekuasaan berlaku antara kerajaan beraja Kashi, Kosala dan Magadha dan republik Vriji. Peperangan berlaku selama seratus tahun dan akhirnya Magadha dapat mengekalkan kuasanya di India Utara. Pemerintah Magadha, Bimbisara memerintah pada pertengahan kedua kurun ke-6SM dan merupakan seorang raja yang gigih serta berwawasan politik. Baginda berkahwin dengan puteri Kosala dan Vaishali, menakluki kawasan-kawasan di barat dan utara, mendirikan dan menyusun pentadbiran cekap, membina jalan raya, melantik pegawai untuk mengukur tanah dan menilai tanaman dan menggalakkan pembangunan di bidang pertanian. Bimbisara kemudiannya, diganti oleh puteranya Ajatashatru pada tahun 493SM dan meneruskan dasar menakluki Kosala, Kashi dan Vriji di utara dan Anga di timur yang menghubungkan perdagangan dalam dan perdagangan luar. Ajatashatru meninggal dunia pada tahun 461SM dan baginda digantikan oleh dinasti Shishunagapada tahun 413SM. Lima puluh tahun kemudian Mahapadma Nanda mendirikan kerajaan dan dinasti bukan Kshatriya yang pertama. Baginda mewarisi kerajaan Magadha, mengenakan cukai tanah yang tinggi, membina saluran air dan sebagainya. Namun begitu, perkembangan ini tersekat kerana Chandragupta Maurya dapat mengalahkan Nanda dan menerajui kerajaan pada tahun 321SM.

Kawasan-kawasan yang terletak di barat laut India berada di bawah pengaruh Cyrus Yang Mahsyur dari Persia (558-520SM) dan puak-puak dari Kamboja, Gandhara dan kawasan Indus membayar ufti kepadanya. Pengaruh Persia terdapat pada syiling-syiling India dan skrip India. Kharoshti mempunyai unsur-unsur skrip Aramaic yang digunakan di Persia. Pada tahun 519SM di bawah Darius, Hindush dianggap wilayah kedua puluh empayar Persia dan terdapat askar-askar India yang bertugas dalam tentera Persia. Pada tahun 330SM, Maharaja Alexander dari Macedonia (Greece) telah menewaskan Darius III, kemudian mara ke wilayah-wilayah di India, khususnya Punjab, berperang dengan Raja Poros (Puru) iaitu raja kawasan Jhelum, menakluki puak-puak


tempatan dan melantik gabenor-gabenor untuk mentadbir wilayah-wilayah ini. Oleh sebab tenteranya tidak ingin meneruskan dasar perluasan kuasa, Alexander akhirnya terpaksa membatalkan rancangannya untuk menakluki seluruh India.

Dasar perluasan kuasa dan serangan Maharaja Alexander telah menyebabkan terbentuknya beberapa petempatan orang Greek di Punjab. Pergerakan tentera Greek ini telah merintis dan membuka beberapa jalan perdagangan antara barat laut India melalui Afghanistan dan Persia ke Laut Mediterranean (selatan Eropah). Jeneral tentera Greek yang terakhir meninggalkan India pada tahun 317SM.

3.3 Empayar Maurya (321-185SM)

Dengan kemunculan empayar Maurya, latar belakang sejarah menjadi semakin jelas kerana terdapat banyak bukti dari beberapa sumber persejarahan. Gambaran politik India juga semakin jelas kerana empayar Maurya merupakan sebuah kuasa besar yang menguasai sejumlah besar kawasan di India dan sistem politik mencapai tahap keseragaman.

Pengasas empayar Maurya, Chandragupta Maurya telah menggantikan Nanda pada tahun 321SM ketika baginda berusia 25 tahun dan berasal dari puak Moriya. Panduan dan strategi yang diberikan oleh penasihatnya, Kautalya atau Chanakya (seorang Brahmin) telah membantu Chandragupta menjalankan dasar perluasan kuasa dengan menakluki kawasan-kawasan Indus, Ganges dan barat laut India. Sumber-sumber bertulis Greek menyebutkan tentang peperangan antara Sandracottos (Chandragupta) dengan Seleucus Nikator (pemerintah Greek), kemenangan ke atas kawasan-kawasan Seleucid di Indus pada tahun 303SM, perjanjian yang dibuat antara mereka dan perkahwinan puteri Seleucus dengan Chandragupta. Disebutkan juga tentang duta Seleucus, Megasthenes yang menetap di Pataliputra dan kewujudan jawatankuasa khas bertujuan untuk menjaga kebajikan orang asing.

Pada tahun 297SM, Chandragupta telah memeluk agamaJainisme dan menyerahkan takhta kepada puteranya, Bindusara. Bindusara telah meluaskan empayar sehingga ke Mysore di selatan India dan penggantinya, Asoka Piyadassi kemudiannya menakluki Kalinga di timur. Penaklukan Kalinga penting dalam sejarah Maurya kerana kemusnahan yang berlaku di dalam peperangan ini menimbulkan kesedihan kepada Asoka sehingga baginda memeluk agama Buddha yang menekankan ahisma (tidak melakukan kekejaman).

Di bawah pemerintahan Asoka, sistem Buddhisme disusun semula semasa Majlis Buddhis Ketiga bersidang di Pataliputra pada tahun 250SM. Majlis ini juga memutuskan supaya dihantar pengembang-pengembang agama Buddha ke kawasan lain di India dan ke luar India. Asoka telah menghantar utusan- utusan diplomatik dan agama ke Syria (Antiochus II Theos 260-246SM), Mesir


(Ptolemy III Philadelphus, 285-247SM), Macedonia (Antigonus Gonatus, 276- 239SM), Cyrene (Magas) dan Epirus (Alexander).

Hubungan dengan dunia luar berkembang sehingga kerajaan dan masyarakat Greek mempunyai pengetahuan yang luas tentang kehidupan di India. Hubungan erat diadakan dengan kerajaan Seleucid di barat laut dan ini dibuktikan melalui ciri-ciri Persia yang terdapat pada Tiang-tiang Asoka (Asokan Pillars) yang mungkin diukir oleh pengukir dari kawasan barat laut. Idea inskripsi batu mungkin berasal dari Persia. Inskripsi-inskripsi Asoka terdapat di kawasan India Selatan dan baginda mengadakan hubungan persahabatan dengan kerajaan Chola, Pandya, Satiyaputra dan Keralaputra. Putera Asoka, Mahindra telah melawat Ceylon sebagai pengembang agama Buddhis.

Pemerintahan raja-raja Maurya yang pertama, kedua dan ketiga penting bukan kerana penaklukan tetapi sistem kerajaan yang didirikan. Arthasastra, merupakan teks tentang kerajaan dan ekonomi yang disusun oleh Kautalya (penasihat Chandragupta) yang memberi panduan kepadapemerintah-pemerintah India.

3.4 Kemerosotan Empayar (200SM-300 TM)

Peristiwa-peristiwa politik selepas zaman Maurya menjadi semakin kabur dan utara India lebih dipengaruhi oleh keadaan di Asia Tengah. Empayar Maurya diganti oleh kemunculan dinasti Shunga (keluarga Brahmin) yang diketuai oleh Pushyamitra pada tahun 180SM. Kerajaan ini sering berperang dengan kerajaan di selatan, dengan Greek di barat laut dan Kalinga di tenggara. Dalam masa seratus tahun, empayar Maurya menjadi semakin kecil dan kawasan Magadha yang diperintah oleh Shunga dikuasai oleh dinasti Kanva yang meneruskan pemerintahan sehingga tahun 28SM. Dinasti Kanva mencapai zaman kegemilangan di bawah pemerintahan Raja Kharavela dengan kawasan yang dikuasai terbentang sehingga India Selatan.

Selepas keruntuhan pemerintahan Achaemenid di Persia dan kematian Maharaja Sikandar beberapa pemerintah Greek dan Persia cuba mewujudkan empayar mereka. Antara kerajaan yang terpenting muncul ialah Bactria. Pada tahun 200SM, Raja Demetrius mara ke arah tenggara, menakluki Arachosia dan Gedrosia; Demetrius II menakluki Punjab dan Lembah Indus dan mengekalkan kuasa Indo-Greek di barat laut India. Antara pemerintah- pemerintah Indo-Greek ialah Strato, Mithridates, Heliodorus dan Appolodotus tetapi yang termashyur ialah Menander (Milinda) yang memeluk agama Buddhisme. Baginda telah meluaskan pengaruhnya ke kawasan sehingga Lembah Ganges.

Kerajaan Indo-Greek ditewaskan oleh kumpulan Shaka atau Scythia dari kawasan Laut Aral di Asia Tengah. Raja pertama dinasti Shaka ialah Maues atau Moga (80SM) yang mengekalkan kuasa di Gandhara tetapi penggantinya, Azes mengalahkan raja Indo Greek terakhir, Hippostratos. Pemerintah Shaka


menggunakan gelaran 'pemerintah agung' dan 'pemerintah bagi pemerintah- pemerintah'. Mereka ditewaskan oleh puak Yueh-chi di bawah Kujula Khadphises dan mendirikan dinasti Kushana. Putera Vima Khadphises memperkenalkan penggunaan wang syiling emas yang mempunyai unsur-unsur India. Vima digantikan oleh Kanishka yang dapat meluaskan kawasan taklukannya sehingga ke Sanchi di selatan dan Banaras di timur. Buddhisme mendapat sokongan Kanishka, dan Majlis Buddhis Keempat diadakan dan pengembang agama Buddha dihantar ke negara China dan Asia Tengah. Pengganti-pengganti Kanishka memerintah selama seratus lima puluh tahun sehingga kuasa Sassania di bawah Ardashir menakluki Peshawar dan Taxila; dan raja-raja Kushana akhirnya terpaksa membayar ufti.

Di India Tengah, iaitu di kawasan Deccan, dinasti Satavahana (dinasti Andhra) telah menjadi masyhur pada kurun pertama sebelum Masihi. Di bawah pemimpin Satakarni mereka meluaskan kawasan sehingga Sungai Narmada di utara, menakluki Sanchi dan lembah Sungai Godavari di Selatan. Dinasti ini menjadi lebih kuat pada pertengahan pertama kurun ke-2 Masihi di bawah Gautami Putra dan puteranya, Vasishthiputra dan kawasan diperluaskan sehingga Kathiawan di barat, Sungai Krisna dan utara Madras di tenggara. Dalam sistem pentadbiran kuasa dibahagikan kepada wilayah-wilayah di bawah gabenor sivil (amalya)dsn gabenor militeri (mahasenapati).

3.5 Zaman Gupta (300-600 TM)

Zaman Gupta digelar sebagai Zaman Klasik atau Zaman Keemasan kerana kebudayaan Hindu semakin kukuh di kawasan utara India. Asal-usul Gupta tidak begitu jelas dan dipercayai suatu keluarga tuan tanah beransur-ansur menguasai arena politik kawasan Magadha, tinggalan empayar Maurya. Dinasti Gupta menjadi semakin penting selepas Chandra Gupta II berkahwin dengan seorang puteri Lichchavi, suatu puak ternama dan mengambil gelaran Maharajadhiraja. Puteranya, Samudra Gupta yang menaiki takhta pada tahun 335 telah meluaskan kawasan pengaruhnya sehingga raja-raja di timur dan selatan tunduk serta membayar ufti. Baginda mengekalkan kerajaan Hindu, memulihkan konsep devaraja dan asamedha, meneruskan hubungan luar dan mendirikan pentadbiran yang cekap. RajaMeghavarnadari Ceylon (352-379) telah meminta kebenaran untuk membina biara dan rumah rehat di Bodh Gaya bagi orang- orang Ceylon yang berziarah ke tempat suci ini.

Chandra Gupta II yang menerajui kepimpinan pada tahun 380 telah menewaskan kerajaan Shaka dan merampas kawasan barat India tetapi kawasan Deccan di bawah dinasti Vakataka tidak dapat ditakluki. Puteri Chandra Gupta II dikahwinkan dengan raja Vakataka, Rudrasena II, dan hubungan persahabatan terus dikekalkan. Rudrasena II meninggal dunia lima tahun kemudian dan balunya (anak perempuan Chandra Gupta) memangku takhta kerajaan dari tahun 390-410. Kerajaan Vakataka menjadi sebahagian empayar Gupta. Chandra


Gupta II menggunakan gelaran Vikmmaditya (matahari kegagahan) tetapi pemerintahannya lebih diingati kerana naungannya terhadap bidang kesusasteraan dan kesenian. Fa Hsien, seorang Buddhis China yang melawat India dari tahun 400 hingga 411 bertujuan untuk mengutip teks-teks, dan manuskrip-manuskrip Buddhisme, dan belajar di biara-biara India, melalui catatannya telah menggambarkan India sebagai satu negara aman dan damai.

Pemerintahan Kumara Gupta (415-454) dan Skanda Gupta (454-467) telah menghadapi cabaran dan serangan dari puak Hun (dari Asia Tengah di sempadan China) yang telah menguasai kawasan-kawasan dari Persia hingga ke Khotan. Sebahagian dari puak Hun yang pernah berperang dengan puak Yueh- chi telah bermigrasi ke barat dan disebutkan dalam catatan sejarah Rom dan Greek sebagai Hun Putih. Kumpulan Hun yang datang ke India dikenali sebagai Huna dan Raja Huna pertama yang memerintah India Utara sehingga Eran di India Tengah ialah Toramana. Puteranya, Mihirakula tidak begitu popular dan membenci agama Buddhisme. Kedatangan puak Hun menyebabkan pergerakan penduduk-penduduk yang mempunyai latar belakang etnik yang berlainan yang mula mendiami kawasan India Utara, barat dan selatan. Rekod-rekod Sung- Yun (duta China ke kerajaan Hun) member! gambaran keganasan dan kezaliman kerajaan pimpinan Mihirakula. Kuasa Hun di India mula merosot pada akhir kurun ke-6 bukan kerana tentangan raja-raja India tetapi kerana orang-orang Turki dan Persia menyerang Bactria yang berada di bawah kawalan Hun (563- 567).

Selepas kemerosotan empayar Gupta, India Utara dibahagikan kepada empat buah kerajaan iaitu, Gupta di Magadha, Maukhari di Uttar Pradesh barat, Pushyabhuti di Thanesar (di utara Delhi) dan Maitraka (asal-usul Persia) di Gujarat. Kerajaan Maukhari menewaskan Gupta dan mengadakan hubungan kekeluargaan dengan Pushyabhuti. Keluarga Pushyabhuti menjadi kuasa penting dan selepas kemangkatan raja Maukhari, pemerintah Pushyabhuti iaitu Harsha telah menggabungkan kedua-dua kerajaan ini. Manakala kerajaan Maitraka kekal sehingga pertengahan kurun ke-8, tetapi kemudian menghadapi serangan dari orang-orang Arab.

Walaupun pengasas kerajaan Pushyabhuti ialah Prabhakara-vardhana tetapi pemerintah yang termashyur ialah Harsha-vardhana atau Harsha. Harsha memulakan pemerintahan pada tahun 606, meluaskan kawasan pengaruhnya sehingga Punjab, Kashmir, Nepal dan Valabhi di barat laut dan utara. Perjuangan untuk menakluki kawasan-kawasan Deccan gagal kerana ditewaskan oleh Pulikeshin II dari kerajaan Chalukya. Harsha menubuhkan sebuah kerajaan yang cekap dan mengadakan hubungan luar dengan negara China sehingga Maharaja Tang Tai Tsung menghantar dua duta.


3.6 Zaman Sangam

Di India Selatan, rekod-rekod kesusasteraan Sangam memberi gambaran jelas tentang peristiwa-peristiwa politik. Kerajaan-kerajaan Chera di barat, Chola di timur dan Pandya di selatan sering berperang antara satu sama lain. Pada tahun 200SM, kerajaan Chola telah menakluki dan memerintah Ceylon Utara sehingga dihalau oleh Raja Sinhala Duttagamini. Masyarakat India Selatan mengadakan hubungan dengan kawasan India utara melalui kawasan Deccan, di samping menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara barat seperti Romawi dan Greek. Chola mengendalikan perdagangan Lautan India, membina kapal- kapal besar dan kecil yang digunakan dalam pelayaran ke rantau Asia Tenggara. Kewujudan pelabuhan atau pangkalan kapal, dermaga, menara api, pejabat kastam dan bangunan membuktikan terdapatnya perdagangan luar (antarabangsa). Kapal-kapal Yavana (dari Asia Barat dan Laut Mediterranean) berlayar ke Kaveripattinam untuk berdagang atau bertukar barang (barter) mereka dengan barangan dari Asia Tenggara dan China. Petempatan Romawi bertarikh kurun pertama sebelum Masihi dibuktikan dengan penemuan syiling- sylling emas Augustus, Tiberius dan Nero di Arikamedu. Kepentingan Arikamedu dan Kaveripattinam dalam perdagangan lautan boleh dibandingkan dengan kepentingan Bharukachcha dan Taxila di barat laut India yang mengendalikan perdagangan luar dari Persia, Afghanistan dan Asia Tengah.

3.7 Zaman Pallava (600-900)

Selepas zaman Sangam (300SM-200 TM) sejarah India selatan amat kabur sehingga dirujuk sebagai zaman gelap. Namun begitu, terdapat satu golongan yang dikenali sebagai Kalabhra telah menguasai India Selatan, memperkenalkan Buddhisme sebagai agama rasmi dan mementingkan bahasa Sanskrit. Dari keterangan-keterangan kitab-kitab Buddhisme kita dapat mengetahui bahawa raja Accutavikkanta telah menggalakkan kegiatan-kegiatan agama Buddha dan penyair-penyair Buddha telah mendapat layanan yang baik. Cara pemerintah Kalabhra mengembangkan agama Buddha telah membangkitkan kemarahan orang-orang Tamil yang menyifatkan mereka sebagai raja-raja yang zaiim (kali amsar). Selepas pemerintahan Accuta, kerajaan Pallava dan Pandya berkembang serta mengusir golongan Kalabhra. Raja Pandya Kandungon menewaskan Kalabhra pada tahun 575 dan menamatkan pemerintahan golongan ini yang telah berkuasa selama tiga ratus tahun di India Selatan. Walaupun zaman Kalabhra digelar zaman gelap terdapat beberapa sumbangan penting (istimewa) yang berlaku. Selain daripada Perhimpunan Penyair-penyair Jain (Sangam Jain) yang diadakan pada 470, dipercayai karya-karya etika Tamil yang disanjung tinggi oleh masyarakat Tamil seperti Naladiyar, Tirukkural dan Palamoli disusun pada zaman ini.


Zaman berikutnya iaitu dari pertengahan kurun ke-6 sehingga kurun ke-9 dalam sejarah India Selatan memperlihatkan peperangan di antara tiga buah kerajaan yang cuba meluaskan wilayah masing-masing. Antara ketiga-tiga kerajaan ini, iaitu Chalukya dari Badami, Pallava dari Kanchi dan Pandya dari Madurai. Dinasti Pallava telah dapat menguasai negeri Tamil. Oleh kerana raja-raja Pallava menggunakan gelaran seperti kadavar, kadavarkon dipercayai mereka yang meneroka hutan serta menubuhkan bandar dan kampung. Dinasti Pallava telah melalui tiga zaman, iaitu Pallava Awal (250-340), Pallava Pertengahan (340-595) dan Pallava Akhir (575-900). Zaman Pallava Awal, kita dapat mengetahui bahawa Raja Sivaskandavarman yang merupakan pemerintah terkemuka memerintah dari Kanchi, merasmikan upacara-upacara asvamedha, vajapaya dan agnishtoma dan mementingkan bahasa Prakrit dan Sanskrit. Kepingan pinggan tembaga dan inskripsi-inskripsi batu menggunakan bahasa-bahasa ini. Zaman Pallava Pertengahan, dipenuhi dengan peperangan menentang Gupta, Vakataka, Kadamba, Chalukya dan Chola. Raja Vishnugopan adalah salah seorang pemerintah yang menentang serangan Gupta dari utara, dan agama Buddhisme dan Jainisme diberikan keutamaan pada zaman ini. Zaman Pallava Akhir pula merupakan zaman kegemilangan dinasti Pallava bukan sahaja kerana penguasaan kawasan India Selatan tetapi juga kerana beberapa perkembangan signifikan yang berlaku.

Pemulihan agama Hindu telah dilakukan oleh pergerakan bhakti iaitu mazhab Saivisme dan Vaisnavisme diberikan keutamaan sehingga dapat menggantikan Buddhisme dan Jainisme sebagai agama rasmi. Terdapat raja- raja Pallava yang telah memeluk agama-agama ini, memberikan keutamaan kepada bahasa Tamil dan terlibat dalam pembinaan kuil-kuil Hindu. Kebanyakan golongan nayanmar (wali-wali mazhab Saivisme) dan alvar (wali-wali mazhab Vaisnavisme) telah hidup pada zaman ini dan menyumbangkan kepada penyebaran mazhab-mazhab ini.

Pembinaan kuil-kuil berlaku secara besar-besaran dan seorang pengembara Cina, Tsuan Tsang telah melawat Kanchi pada tahun 642. Dalam rekodnya, beliau menyatakan Kanchi mempunyai seratus buah vihara Buddhis serta sepuluh ribu orang rahib Buddhis, dan lapan puluh kuil Saivisme dan Vaisnavisme, dan agama Jainisme juga diamalkan. Terdapat tiga jenis kuil Hindu yang dibina iaitu kuil-kuil gua, kuil-kuil batu best dan kuil-kuil biasa yang dibuat dari pasir dan batu-bata. Raja Mahendravarman, Raja Narasimhavarman, Raja Rajasimhan dan Raja Nandivarman III adalah antara pemerintah-pemerintah terkemuka zaman Pallava yang memperbanyakkan pembinaan kuil-kuil Hindu dan meluaskan perdagangan luar. Kewujudan sebuah kolam Avani Naranan dan tempat berhala di negeri Thai yang dibina oleh pedagang-pedagang zaman Pallava menunjukkan kepentingan perdagangan luar.


3.8 Zaman Chola (850-1200)

Selepas pemerintahan Kalabhra, kerajaan Pallava telah menjadi kuasa terpenting di kawasar. India Selatan. Manakala kerajaan Chola tidak dapat menebus atau memulihkan semula zaman kegemilangan mereka dan dikatakan bertapak di tepi Sungai Kaveri. Chola merupakan sebuah kerajaan yang tidak begitu penting dan memermtah kawasan yang dikenali sebagai Rayalaseema.

Penawanan Tanjore oleh Vijayalaya dan pembinaan sebuah kuil untuk Dewi Durga (Nishumbhasudini) pada 850 merupakan langkah pertama ke arah kebangkitan semula kerajaan Chola. Kerajaan Chola muncul semula dari kemerosotan dan berkembang menjadi satu kuasa imperialis selama tiga ratus lima puluh tahun. Raja-raja yang termasyhur dalam dinasti Chola adalah Raja Rajendra I dan Kulotangga; dan pemerintah-pemerintahnya menggunakan gelaran Chakravarthigal. Kerajaan Chola melalui dasar perluasan kuasa, meluaskan wilayahnya sehingga meliputi seluruh kawasan India Selatan. Walaupun Tanjore dipilih sebagai ibu negeri utama tetapi selepas penaklukan kerajaan Pallava, Kanchi menjadi ibu negeri yang kedua pentingnya dalam empayar Chola.

Pemerintah-pemerintah Chola begitu giat terlibat dalam pembinaan kuil- kuil, reklamasi tanah, menggalakkan kerja-kerja talian air, menyelenggara sekolah dan hospital. Mereka juga menjalinkan hubungan perdagangan luar dengan Gugusan Kepulauan Melayu dan negeri-negeri lain di rantau Asia Tenggara. Penemuan inskripsi Tamil di Takuapa, membuktikan kegiatan persatuan pedagang iaitu Manigaman bergiat dalam perdagangan di negeri Siam (Thailand). Ekspedisi ketenteraan dan serangan Rajendra Chola I pada tahun 1025 terhadap empayar Srivijaya membuktikan sebelum ini, sudah terbentuk hubungan erat dengan empayar itu yang menunjukkan dasar luar kerajaan China.

Secara bandingannya, bentuk pemerintahan Chola adalah lebih kurang sama dengan kerajaan Pallava iaitu empayar dibahagikan kepada beberapa wilayah, daerah dan kampung. Pentadbiran kampung dikendalikan oleh jawatankuasa eksekutif yang dilantik oleh majlis besar. Ada juga jawatankuasa (variyam) yang ditubuhkan untuk tugas tertentu dan ahli-ahli jawatankuasa dipilih dari wakil bahagian-bahagian kampung. Cukai tanah merupakan sumber kewangan kerajaan yang paling besar. Oleh yang demikian segala peraturan mengenai hak milik serta cukai hasil tanah dikendalikan secara terperinci. Semua kawasan yang dikenakan membayar cukai akan diukur dan ditentukan cukai berdasarkan kesuburan tanah itu serta jenis tanaman yang dihasilkan. Raja-raja Chola yang menganuti agama Hindu memainkan peranan penting dalam perkembangan mazhab Saivisme dan Vaisnavisme. Banyak kuil-kuil dan matha (dewan awam) dibina serta melatih penyanyi-penyanyi untuk menyanyikan Timpadiyam di kuil-kuil. Dalam hal ini agama dapat dilihat melalui sifat tolak ansur raja-raja Chola yang membenarkan unsur-unsur Vaisnavisme dan


Buddhisme pada hiasan kuil Saivisme. Selain itu, bantuan juga diberikan kepada kuil-kuil Buddhis dan Jain.

3.9 Hubungan India dengan Dunia Luar

Dalam persejarahan India sehingga zaman pertengahan berlakunya hubungan atau interaksi antara orang India dengan dunia luar terutama di kawasan rantau Asia. Hubungan awal telah bermula sejak zaman sebelum Masihi di mana pedagang-pedagang India belayar ke lautan Asia Tenggara mencari kekayaan termasuk rempah-rempah, kayu-kayuan, damar, emas dan lain-lainnya. Melalui kaedah arkeologi, carigali di Arikamedu di India Selatan, Oc-eo di Indo China, Kuala Selinsing di Perak menunjukkan kesan-kesan pusat perniagaan antarabangsa yang meliputi rantau Asia Tenggara, kawasan India Selatan dan Empayar Greco-Roman pada permulaan tarikh masihi. Inskripsi-inskripsi Tamil yang dijumpai di Takuapa (di selatan Thai) dan Labu Tuwa (Sumatera) menunjukkan peranan gabungan syankat peniaga-peniaga India di Asia Tenggara.

Unsur-unsur budaya dan tradisi India yang dibawa oleh pedagang- pedagang ke Asia Selatan telah mempengaruhi kehidupan beragama, ketatanegaraan, bahasa, sastera dan seni rakyat ke rantau ini. Dalam sistem politik Asia Tenggara, unsur-unsur agama Hindu dan Buddha menjadi asas kerohanian bagi institusi kerajaan sehingga pihak pemenntah digelar sebagai devaraja. Pengaruh ajaran Saivisme terlihat pada candi yang mempunyai patung lingo, (lambang aspek kedewaan Siva) manakala pemerintah yang menganuti Vaisnavisme dianggap sebagai inkamasi Dewa Vishnu. Untuk memperkukuhkan dan mengesahkan konsep mengenai pemujaan devaraja, ianya dijalankan oleh pendita-pendita Brahmin atau sami-sami Buddha melalui nyanyian-nyanyian suci berbahasa Sanskrit dan Tamil di istana-istana raja. Nyanyian-nyanyian suci dari Tevaram dan Tiruvacakam masih diamalkan sehingga kini di Thailand semasa upacara pertabalan raja. Manakala, pengaruh agama Buddha dapat dilihat pada candi BorobudurdiPulauJawa dan candi Angkor Thorn di Kampuchea.

Dalam bidang kesusasteraan Asia Tenggara, pengaruh karya-karya epik Hindu dan cerita-cerita agama Buddha amat penting. Cerita-cerita Ramayana, Mahabharata danJataka menyediakan bahan-bahan penting untuk perkembangan tradisi kesusasteraan yang bercorak lisan dan bertulis. Hikayat Seri Rama, Hikayat Sang Boma, Hikayat Pendawa Lima di Malaysia dan Ramakien di Siam menunjukkan kepentingan cerita Sri Rama di kalangan penduduk Asia Tenggara. Cerita-cerita Ramayana dan Mahabharata telah memperkayakan lagi seni pertunjukan pentas seperti wayangkulit.

Dalam bidang bahasa, perbendaharaan bahasa-bahasa di Asia Tenggara diperkayakan melalui proses pinjam meminjam dari banyak perkataan dari bahasa Sanskrit, Pali dan Tamil. la melibatkan dalam bidang ketatanegaraan,


kekeluargaan, perdagangan, pengetahuan, keagamaan, fenomena semula jadi dan sebagainya.

Begitu juga dengan Sri Lanka (Ceylon), pengaruh India dapat dilihat pada masa agama Buddha disebarkan pada zaman Asoka dan kemudiannya menjadi agama rasmi, dalam seni bina seperti di Anuradhapura dan Polonnaruva, dalam seni lukis, seni ukir, seni tarian dan seni muzik. Manakala negara China tidak terkecuali dari pengaruh India terutama agama Buddha yang telah menggalakkan pengembara Buddhis Cina seperti Fa Hsien, Hsuan Tsang dan I Tsing yang melawat India untuk belajar, mengkaji dan mengumpul kitab-kitab Buddhis.

4 SEJARAH ZAMAN PERTENGAHAN (1000-1756)

4.1 Zaman Muslim

India Utara tidak bebas daripada ancaman dan serangan luar sejak sebelum tahun Masihi. Kumpulan-kumpulan orang Greek, Scythia, Parthia dan Hun yang datang sebagai orang asing untuk memerintah India, akhirnya mereka telah diasimilasikan. Sebaliknya, kedatangan kumpulan-kumpulan Muslim (orang Islam) adalah berbeza kerana mereka dapat mengekalkan agama mereka di India.

Di India, penyebaran agama Islam dilakukan melalui dua cara iaitu pertama, sehingga tahun 1000SM, hubungan pedagang-pedagang Arab dengan penduduk-penduduk India dari kawasan-kawasan pantai di India Selatan sehingga menyebabkan mereka memeluk agama Islam. Pengaruh politik mereka begitu kuat sehinggakan pedagang kuda dan peniaga Arab di Korkai dilantik sebagai menteri dalam kerajaan Pandya. Kedua, pemelukan selepas penaklukan mula berlaku selepas kumpulan-kumpulan Muslim berketurunan Turki, Afghan dan Mongol menguasai kawasan-kawasan di India dan menubuhkan kesultanan- kesultanan mereka. Ini bermula dengan serangan-serangan Mahmud Ghaznih dari tahun 1008 hingga 1026 yang menyebabkan beberapa bandar berkuil seperti Thanesar, Kanauj dan Mathura dimusnahkan. Ini diikuti pula oleh serangan Muhammad Ghuri pada tahun 1191 dan pembukaan petempatan-petempatan di India Utara. Pada tahun 1206, Ghuri telah dibunuh oleh Qutb-ud-din Aibak, seorang pengikut (hamba) Ghuri yang kemudiannya membentuk Kesultanan Delhi. Pemerintah-pemerintah dinasti Hamba (1206-1290) digantikan oleh dinasti Khiiji (1290 -1320), dinasti Tughluq (1320-1412), dinasti Sayyid (1412- 1450) dan dinasti Lodi (1451-1526).

Pemerintah Ibrahim Lodi diserang oleh Babur, dari keturunan Mongol Genghis Khan pada tahun 1526 yang mengasaskan kerajaan dan dinasti baru iaitu dinasti Mughal. Kerajaan Mughal menjadi termasyhur di bawah pemerintahan Akhbar. Sebelum tahun 1599 kawasan kekuasaan Mughal terbentang dari Kashmir di utara India sehingga Deccan di selatan. Akhbar


telah menjalinkan hubungan baik dengan rakyat beragama Hindu melalui cara perkahwinan dengan melantik pegawai-pegawai Hindu memegang jawatan dalam kerajaan. Melalui tindakan ini, ianya dapat meyakinkan semua kumpulan etnik bahawa baginda adalah ketua mereka. Untuk mengelakkan tentangan rakyat keturunan Afghan, Turki, Uzbek, Iran, Turani, Kayastha, Rajput dan Brahmin dilantik memegang jawatan dalam pentadbiran. Baginda mengamalkan sikap toleransi terutama terhadap penganut Hindu dengan membatalkan cukai jizayah, memulihkan tempat-tempat suci Hindu, membenarkan isteri-isteri orang Hindu bersembahyang di istana-istana mereka, dan membenarkan orang Hindu membina kuil dan mengadakan upacara umum. Baginda juga menggalakkan penterjemahan Veda-veda, Ramayana dan Mahabharata, mempengerusikan sidang diskusi antara agama-agama dan cuba memperkenalkan agama Din -I- -lahi bertujuan untuk menyatupadukan penganut Hindu dengan penganut Muslim.

Dasar toleransi tidak lagi diutamakan oleh pemerintah-pemerintah selepas Akbar seperti Jahangir (1605-1627) yang menunjukkan penentangan rerhadap ajaranJain dan membunuh ketua Sikh, Guru Arjun; ShahJahan (1628- 1658) yang tidak membenarkan pembinaan kuil Hindu dan menghalang mereka yang keluar dari Islam; Aurangzeb (1658-1707) yang memperkenalkan semula -izayah, memusnahkan kuil-kuil Hindu dan menggantikan pegawai-pegawai Hindu dengan pegawai-pegawai Muslim. Dasar-dasar ini menyebabkan kerajaan Mughal terpaksa menghadapi tentangan dari kumpulan-kumpulan Maratha, Peshwa, Sikh dan Rajput. Pada peringkat akhir pemerintahan Mughal, apabila kuasa British (Inggeris) menyerang kerajaan Muslim maka orang-orang Hindu ridak lagi memberikan sokongan. Kemenangan kuasa British dengan menakluki kawasan demi kawasan di India terutama di bawah pemerintahan Mughal kerana peranan tentera sepoi-sepoi India, yang berkhidmat dengan British.

Dalam hal kerajaan dan pentadbiran, sultan dianggap sebagai wakil Khalifah walaupun ia bebas dengan berautoriti sendiri. Dalam hal pentadbiran rerdapat kawalan atas kuasanya iaitu undang-undang Syariah. Pentadbiran sivil diketuai oleh wazir (menteri perdana) yang mengendalikan kutipan cukai, akaun dan perbelanjaan selain daripada menasihati sultan. Wazir menjaga hal pentadbiran kerajaan pusat di samping bersama dengan tiga menteri lain iaitu ketua jabatan tentera, ketua hubungan luar negeri dan ketua menjaga hubungan dalam negeri. Pentadbiran di peringkat wilayah diketuai oleh gabenor dengan beberapa jabatan pentadbiran manakala pentadbiran kampung dikendalikan oleh ketua kampung, akauntan (patwari) dan pendaftar (chauduri).

Serangan orang-orang Turki dan Afghan telah membuka India Utara kepada perdagangan dengan Asia Tengah yang kemudian diperkuatkan oleh kedatangan kumpulan Mongol. Golongan bangsawan menggalakkan pertukaran barang-barang India dengan barang-barang di pasar-pasar Asia Tengah, termasuklah tekstil Gujarat dan Bengal diekspot. Setiap bandar mempunyai


pasar-pasar yang menjadi pusat pertemuan dan perniagaan di antara pedagang- pedagang dan ahli perniagaan. Di Delhi, wujud pasar-pasar yang menerima barangan dari dalam dan luar India menjadikan ianya termasyhur sehingga Ibn Batutta, seorang pengembara Arab menggambarkan Delhi sebagai bandar tercantik dalam dunia Muslim.

Bengal meneruskan hubungan perdagangan dengan rantau Asia Tenggara dan kapal-kapal India yang membawa rempah, tekstil dan lain-lain berdagang di Melaka dengan barang-barang yang dibawa dari Pulau Jawa, Borneo dan Kepulauan Maluku.

Kedatangan Islam ke India telah menyebabkan kemunculan satu budaya komposit natijah dari interaksi antara tamadun di mana unsur-unsur Islam dan Hindu telah diterima pakai oleh orang Muslim di India. Dalam semua aspek kehidupan sama ada dalam aspek bahasa, kesusasteraan, perubatan, astronomi, dan seni halus seperti muzik, tarian, seni bina dan lukisan, persajakan mahupun dalam agama dapat dilihat unsur-unsur campuran. Misalnya bahasa Urdu mempunyai nahu Prakrit dengan kata-kata Persia, Arab dan Turki dan ditulis dengan skrip Arab; dalam bidang muzik iaitu alat muzik sitar adalah gabungan vinai India Selatan dan tanbura Persia; dalam tarian kathak terdapat pakaian Persia dengan tema Hindu; dan dalam seni bina Turki, Afghan dan Mughal dapat dikesani unsur-unsur Hindu, Iran dan Jain. Agama Din-i-llahi yang diperkenalkan oleh Akbar, ajaran Kabir (1440-1518) dan Nanak (1469-1533) semuanya mengambil ciri-ciri Hinduisme dan Islam dengan tujuan mewujudkan agama universal yang dapat menjalinkan hubungan persahabatan atau perpaduan antara komuniti Muslim dan Hindu. Ajaran sufi dengan doktrin mistik yang menekankan penyatuan dengan Tuhan melalui kasihkan Tuhan juga telah mempengaruhi orang-orang Hindu. Apa yang harus diperhatikan di sini ialah kedatangan Islam ke India menyebabkan kemunculan budaya unik yang mengintegrasikan unsur-unsur Islam dengan unsur-unsur Hindu.

4.2 Kerajaan Vijayanagar (1336-1565)

Selepas empayar Chola lenyap pada awal kurun ke-13, sejarah India merupakan sejarah empat buah kerajaan yang muncul dari keruntuhan empayar-empayar sebelumnya. Kerajaan-kerajaan tersebut ialah Pandya, Hoysala, Kakatiya dan Yadavatetapi permusuhan di antara kerajaan-kerajaan ini; dan serangan orang- orang Muslim yang bermula pada hujung kurun ke-13 telah memporak- perandakan keempat-empat kerajaan itu sehingga keadaannya menjadi kucar- kacir. Keadaan kucar-kacir ini berubah dengan kemunculan, perkembangan dan perluasan kuasa oleh kerajaan Vijayanagar pada pertengahan kedua kurun ke- Kerajaan Vijayanagar telah berkembang menjadi satu empayar yang besar dan agung. Empayar ini telah mempertahankan kemaraan serta menyekat


pemusnahan tradisi Hindu dari golongan Muslim dan mempelopori tradisi peradaban dan kebudayaan Hindu di India Selatan selama lebih kurang dua ratus tahun (1336-1570). Dengan ini mereka dapat memelihara tradisi yang diwarisi dari segi ketatanegaraan, pendidikan dan kesenian. Sejarah Vijayanagar merupakan zaman kegemilangan yang akhir di negeri Hindu di India Selatan.

Walaupun Harihara I menjadi pengasas empayar Vijayanagar yang menyumbangkan kepada penyusunan sistem pentadbiran; tetapi Krishnadeva Raya dianggap termahsyur bukan sahaja kerana ia merupakan seorang pahlawan dalam perang yang dapat meluaskan kawasan empayar tetapi juga kerana ianya pakar dalam ketatanegaraan dan pentadbiran di samping menjadi penaung seni dan sastera. Layanan yang diberi kepada rombongan-rombongan luar negara, perwatakannya sendiri serta cintanya kepada kesusasteraan dan agama, dan pembinaan kuil-kuil Hindu menjadikannya seorang pemerintah yang popular. Selepas kemangkatan Krishnadeva Raya, pemerintah-pemerintah Vijayanagar yang berikutnya tidak dapat menahan kuasa-kuasa Muslim untuk menakluki kawasan-kawasan India Selatan.

5 ZAMAN MODEN (1750-1947)

Kedatangan kuasa-kuasa Barat di India bermula dengan kedatangan dan penaklukan kuasa Portugis ke atas Goa (1510), kuasa Belanda (1602) dan diikuti oleh kuasa Perancis pada tahun 1664. Tetapi kemudiannya, kedatangan British pada tahun 1612 dan penaklukan kawasan-kawasan di India yang bermula sejak tahun 1750 merupakan permulaan zaman baru di negara ini. Penaklukan ini dilakukan dengan bantuan orang-orang dan askar-askar (sepoi-sepoi) India. Bagaimanapun kawasan seluas dua pertiga India tidak tertakluk kepada pemerintahan British dan kekal sebagai negeri-negeri beraja sehingga kemerdekaan India.

Pihak pemerintahan British telah membahagikan India kepada tiga presidensi iaitu Bengal (timur), Bombay (barat) dan Madras (selatan) untuk memudahkan pentadbiran. Presidensi diketuai oleh gabenor dan seorang Gabenor-Jeneral dilantik sebagai ketua pentadbiran India. Dasar politik, ekonomi, sosial dan budaya yang diperkenal dan dibentuk banyak dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin British di India dan England. Di kalangan pemimpin ada yang mengizinkan perubahan yang perlahan (evolusi) dengan menghormati tradisi-tradisi tempatan dan ada yang ingin mengEropahkan India. Akhirnya, dibentuk satu dasar yang merupakan satu gabungan pelbagai pendirian iaitu British menghormati budaya dan agama dengan memberi jaminan tidak akan campurtangan dalam hal-ehwal ini; memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris; dan memperkenalkan dan membentuk pentadbiran moden. Antara Gabenor- Jeneral British yang memerintah India ialah Warren Hastings (mengekalkan kuasa British dan memperkenalkan pentadbiran moden), Lord Dalhosie (dasar


memperluaskan kawasan India-British), William Bentinck (memperkenalkan dasar pendidikan), Lord Curzon (dasar luar negara dan kecekapan pentadbiran), dan Lord Mountbatten (bertanggungjawab membahagikan India dan memberi kemerdekaan) adalah pentadbir-pentadbir yang terkenal.

Pada permulaan kurun ke-19, kerajaan British begitu mementingkan dasar perdagangan yang menguntungkan England termasuk dorong kerana Revolusi Perindustrian. Kesannya, barang-barang perkilangan buatan mesin dari England yang dieksport ke India secara besar-besaran menyebabkan barangan buatan India yang serupa mengalami kerugian besar kerana kegagalan untuk bersaing. Dalam arena politik, orang-orang India merasa tidak puas hati dengan tindakan British menakluki kawasan demi kawasan dengan tidak menghormati tradisi pemerintahan tempatan. Semua ini menyebabkan berlakunya pergolakan sosial pada tahun 1857 dan pihak British menggunakan tindakan kekerasan untuk mengalahkan pemberontak-pemberontak. Kesan pergolakan politik ini, menyebabkan berlaku proses pembentukan semula di mana pihak British memperkuatkan kuasa tentera dan memperkenalkan undang- undang yang mengurangkan kebebasan orang India.

Dasar memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris, peranan mubaligh Kristian dan pembaharu-pembaharu India telah menyakinkan orang India tentang reformasi sosial dan agama. Amalan-amalan dan adat-adat yang difikirkan tidak bersesuaian ditentang dan usaha-usaha dilakukan untuk memperbaiki kedudukan kaum wanita. Dalam hal ini, Brahma Samaj memainkan peranan penting dan Raja Ram Mohan Roy dianggap pula dianggap sebagai perintis dalam reformasi sosial dan agama.

Pertengahan kedua kurun ke-19 memperlihatkan kebangkitan kesedaran kebangsaan di kalangan orang-orang India. Penubuhan pertubuhan-pertubuhan untuk memulihkan agama Hindu seperti Arya Samaj dan Ramakrishna Mission, peranan Brahma Samaj, Prarthana Samaj dan lain-lain pertubuhan membangkitkan kesedaran sosial tentang beberapa amalan dalam masyarakat. Usaha-usaha dilakukan untuk meneruskan perjuangan kebangsaan melalui Indian National Congress (1885) yang dipimpin oleh Mahatma Gandhi dan usaha-usaha ini mula mengancam kedudukan British di India. Walaupun pihak British berusaha membahagikan orang-orang Hindu dan Muslim, tuntutan untuk kemerdekaan terus dibuat sehingga England terpaksa berundur dari tanah India pada tahun 1947. Dalam konteks ini, British telah memberikan kemerdekaan tetapi dengan membahagikan tanah India kepada dua bahagian. India untuk orang-orang Hindu dan mewujudkan negara Pakistan bagi memenuhi kehendak Liga Muslim yang mewakili orang-orang Muslim di India.


Bab 15

TAMADUN INDIA: MASYARAKAT DAN BUDAYA

G. Sivapalan
M. Rrajantheran
R. Rajakrishnan

Asramadharma, Purushortha, Brahmacarya, Grhastya, Vanaprastya, Sannyasa, Varma, Jau, Sanskrit Tamil, Veda, Ramayana, Mahabharata, Raga, Bharatanaryam, Sakuntala- Bhagavadgita, dharma, Natya Sastra, Astadhyayi, Tolkappiyar, Sangam, Aham, Puram, Tirukkural, Bhakti, Saivisme, Vaisnavisme, Sanatana Dharma, Aryabhata, Jyotisa, Vedanta, Yajna, Brahman, Atman, Karma, Moksha, Samsara, Upanishad Buddhisme, Jainisme, Ahimsa, Nirwana, Nyaya, Vaisesika, Yoga, Sankhya.

15.1 MASYARAKAT DAN BUDAYA

Pada amnya, masyarakat India boleh dibahagikan kepada dua golongan besar berdasarkan kepada keluarga bahasa, iaitu pertama, orang Indo Arya dan kedua, orang Dravidia. Dari segi demografi, orang Indo Arya menetap di kawasan utara India manakala orang Dravidia menetap di kawasan selatan India.

Orang Indo Arya dan orang Dravidia memiliki tradisi kebudayaan masing- masing. Pertembungan antara kedua-dua golongan budaya yang berbeza sejak beberapa kurun sebelum masihi lagi telah melahirkan suatu budaya yang dikongsi bersama, dan budaya serta tamadun itulah dianggap sebagai tamadun India.


15.2 SISTEM KELUARGA

Keluarga merupakan unit asas dan terkecil dalam struktur masyarakat India. Tujuan mendirikan keluarga adalah untuk mendapatkan teman sokongan dari segi fizikal dan rohani serta untuk mendapatkan atau melahirkan anak sebagai penyambung zuriat (keturunan).

Dalam masyarakat India, sistem keluarga yang biasa diamalkan ialah keluarga bersama (joint-family). Keluarga bersama dibentuk oleh keanggotaan semua anggota lelaki yang seketurunan, isteri-isteri serta anak-anak mercka yang masih belum berkahwin. Anak perempuan yang sudah berkahwin akan menjadi anggota keluarga suaminya dan bilangan anggota keluarga bersama adalah tidak terhad.

Sistem keluarga ini disokong oleh semangat kepentingan bersama dan harta benda keluarga merupakan milik bersama. Perpaduan keluarga dipelihara dengan nilai kasih sayang yang murni dan kepentingan setiap anggota keluarga dijaga. Ini termasuklah anggota keluarga yang tidak berkeupayaan untuk bekerja kerana usia tua, menghidap penyakit, kecacatan anggota dan sebagainya. Dengan ini nilai keprihatinan dapat disemaikan dalam sesuatu keluarga bersama.

Secara amnya, sesuatu perkahwinan diatur oleh ibu bapa, juga jodoh bagi anggota keluarga dipilih oleh mereka. Namun begitu, masih terdapat perkahwinan berdasarkan percintaan yang direstui oleh keluarga. Dalam perkahwinan ini, khidmat nasihat daripada orang tua dapat dimanfaatkan terutama sekiranya berlaku perselisihan faham antara ahli keluarga.

Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan diturunkan kepada generasi muda kerana hubungan datuk nenek dengan cucu mereka adalah erat. Sistem keluarga bersama juga turut mengalami kemerosotan kerana tidak dapat bertahan dengan cabaran-cabaran permodenan. Kewujudan sistem undang- undang moden, institusi-institusi moden, pendidikan barat, sistem pemerintahan baru dan sebagainya menonjolkan konsep individu dan sekali gus membawa kemerosotan kepada sistem keluarga bersama.

Sistem keluarga dipelihara oleh dua aspek hidup iaitu pertama, ashrama dharma yang menjelaskan tentang empat tahap yang harus dilalui oleh setiap manusia dan kedua, purusartha iaitu tentang empat objektif mulia hidup yang utama.

15.2.1 Ashrama Dharma

Tahap pertama, Brahmacharya iaitu seseorang dikatakan masuk ke tahap ini secara formal pada usia 12 tahun dan berterusan sehingga usia 24 tahun; dan ini merupakan zaman bujang. Dua belas tahun pertama menandakan tahap pembelajaran yang biasa (informal) dan dua belas tahun kedua menandakan tahap pembelajaran yang serius (formal).


Tahap kedua, Grihasta iaitu apabila tamatnya tahap pembelajaran, seseorang itu akan memulakan kehidupan berumah tangga. Dalam konteks perkahwinan ini, tamadun India mengesyorkan usia 21 hingga 30 tahun sebagai usia perkahwinan bagi kaum leVaki manakala usia 18 hingga 25 ta\iun sebagai usia perkahwinan kaum wanita. Seseorang itu diharapkan dapat menghasilkan ataupun mencari kekayaan yang secukupnya sebelum mendirikan rumah tangga. Mereka yang berumahtangga berhak untuk menikmati nikmat perkelaminan dan ia dilarang sama sekali untuk mencari keseronokan di luar rumah. Memelihara keharmonian keluarga merupakan tanggungjawab utama dalam tahap ini. Orang berumahtangga dianggap sebagai teras masyarakat, kerana golongan inilah yang akan bertanggungjawab melindungi serta menyara golongan manusia yang lain seperti hrahmachariya, vanaprastha golongan wargatua) dan sonny asa (golongan alim) yang tersebut dalam sistem ashrama dharma.

Tahap ketiga, Vanapmstya iaitu golongan berumah tangga yang berusia antara 48 hingga 72 tahun. Pada tahap ini, seseorang itu telah mencapai kearifan dan berkeupayaan untuk menasihati orang lain. Dalam lingkungan usia sebegini, seseorang itu hendaklah menyelesaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga dan menggiatkan usaha-usaha untuk mendalami ajaran-ajaran agama serta menolak perkara-perkara duniawi.

Tahap keempat, Sannyasa iaitu seseorang akan memasuki tahap ini apabila berusia kira-kira 72 tahun. Pada tahap ini seseorang hendaklah sama sekali dapat mengatasi nafsu dan keinginan terutama perkara-perkara duniawi.

Golongan warga tua yang penuh dengan ilmu ini dan golongan alim disyaratkan menjalankan kerja-kerja amal terutamanya dalam usaha untuk menyebarkan ajaran-ajaran agama. Bagi mencapai tujuan tersebut, golongan ini selalu mengembara dari suatu tempat ke tempat yang lain.

15.2.2 Purusartha

Purusartha bermaksud empat objektif mulia yang harus diamalkan oleh umat manusia. Objektif pertama mulia, Aram/dharma iaitu diperoleh melalui pendidikan yang bersifat kerohanian. Aram hendak ditanam pada hati seseorang sejak tahap brahmacharya. Dharma merupakan suatu peraturan moral dan etika yang bersifat kerohanian, contohnya melanggar etika kerja dianggap sebagai pelanggaran atau ingkar. Menyedari serta memiliki sifat-sifat dharma merupakan objektif pertama kehidupan ini.

Objektif kedua mulia, Porul/artha iaitu kekayaan. Seseorang yang sudah memperolehi ilmu atau kemahiran yang mencukupi hendaklah mencari pekerjaan dan mengumpulkan harta. Namun begitu, objektif pertama mulia iaitu aram yang sudah ada pada diri hendaklah menjadi asas dalam pengumpulan kekayaan dan hendaklah diperolehi melalui cara yang halal.

Objektif ketiga mulia, Inbam/kama iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan secara halal berhak untuk menikmati kekayaan tersebut dan


berlandaskan lunas-lunas dharma. Isteri, anak, saudara mara, wargatua, orang alim dan sebagainya hendak dipelihara dengan kekayaan yang dimiliki. Perbelanjaan yang melebihi pendapatan pula dianggap sebagai perbuatan yang melanggar dharma. Sebahagian daripada kekayaan yang dikumpul hendaklah digunakan untuk menjalankan atau pun menyokong kerja-kerja amal.

Objektif keempat mulia, Vidu/moksha bermaksud pencapaian kebebasan kerohanian, iaitu mencapai kesempurnaan kesedaran kerohanian dan terlepas daripada lingkaran kelahiran serta kematian. Kegembiraan kerohanian dianggap sesuatu yang berkekalan lagi maha besar. Ini dapat dicapai pada tahap sannyasa mahupun sebelum itu.

Sekiranya seseorang itu melaksanakan tanggungjawabnya menurut ashrama dharma serta mengecapi aram/dharma, porul/artha dan inban/kama maka moksha/vidu akan dapat dicapai. Pelaksanaan tanggungjawab tanpa mementingkan diri akan membawa kepada moksha. Sembahyang, khidmat bakti serta keimanan yang kuat akan turut membawa moksha. Pertapakan yang diseitai dengan ilmu yang suci iaitu ilmu kerohanian juga dapat membawa moksha. Moksha merupakan pencapaian yang amat dicita-citakan oleh orang beragama Hindu.

Sebagai kesimpulannya, ashrama dharma dan pumshrtha menjadi teras keluarga dalam masyarakat India.

15.3 KEDUDUKAN KAUM WANITA.

15.3.1 Dalam Masyarakat Indo-Arya

Pada zaman Veda Awal (1500SM-1000SM), kaum wanita dihormati dan diberikan kebebasan serta kesaksamaan seperti kaum lelaki. Terdapat bukti- bukti yang menunjukkan kaum wanita menjadi orang pertapa dan mereka dapat membawa mazmur-mazmur suci serta kitab-kitab suci. Mereka juga diberikan peluang untuk mendapat pendidikan yang sama.

Namun begitu, pada Zaman Veda Kemudian (1000SM-500SM) dan selepasnya didapati kedudukan kaum wanita merosot dan banyak sekatan dikenakan ke atas mereka. Peranan dan tanggungjawab mereka dihadkan dalam lingkungan urusan rumah tangga semata-mata. Malah mereka tidak lagi dibenarkan untuk membaca kitab-kitab suci ataupun menjalankan upacara- upacara keagamaan. Dari segi pendidikan, dirasakan pendidikan asas memadai untuk kaum wanita dan ini kemudiannya seolah-olah menjadi undang-undang tidak bertulis.

Selepas kehadiran dan pengukuhan kuasa British di India, pergerakan- pergerakan reformasi Hinduisme telah membawa mengenai masalah kedudukan wanita kepada pihak British supaya ianya dapat dihalang atau diketepikan dengan meluluskan undang-undang. Dengan kerjasama pergerakan-pergerakan


reformasi seperti Brahmo Samaj, Prarthana Samaj dan sebagainya, kedudukan kaum wanita dapat dipulihkan pada kurun ke-19 dan kurun ke-20.

15.3.2 Dalam Masyarakat Dravida

Pada Zaman Sangam (kurun ke-3SM- kurun ke-3 TM), kaum wanita telah diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat India Selatan. Sifat keibuan yang ada pada mereka dihormati, disanjung dan dianggap sebagai suatu nilai yang mulia. Anak perempuan yang kecil dipanggil sebagai 'amma' bererti emak kerana anak perempuan itu bakal menjadi ibu apabila berkahwin. Dalam konteks ini, peranan kaum ibu amat penting dan mereka mempunyai segala kebebasan termasuk untuk mendapatkan pendidikan yang setinggi mungkin. Antara pujangga-pujangga Tamil yang terkemuka pada zaman Sangam termasuklah beberapa pujangga wanita. Pujangga-pujangga wanita ini didapati berupaya membuktikan kebolehan mereka dengan mencipta puisi-puisi yang dianggap setanding malah adakalanya lebih baik berbanding dengan kaum lelaki. Di samping itu, terdapat juga kaum wanita yang pernah menjadi pertapa-pertapa yang disegani lagi dihormati dalam masyarakat tersebut.

Akhirnya, kedudukan kaum wanita mulai mengalami kemerosotan selepas Zaman Sangam. Masalah kemerosotan ini dapat diatasi atau dipulihkan semula selepas kedatangan dan pertapakan kuasa penjajah khasnya kuasa British di India. Di India Selatan juga pergerakan-pergerakan reformasi menjadi asas kepada pihak British untuk meluluskan undang-undang bagi melindungi serta menegakkan hak kaum wanita.

15.4 SISTEMKASTA

Sistem kasta merupakan satu institusi sosial yang unik bagi masyarakat India dan ia juga dikenali sebagai sistem jati. Selalunya sistem jati dianggap sebagai salah satu aspek dalam ajaran agama Hindu tetapi tafsiran seperti ini adalah salah dan usaha untuk menghubungkaitkan konsep karma dengan sistem jati merupakan interpretasi yang salah.

Konsep karma merupakan salah satu ajaran agama Hindu yang menyatakan bahawa segala perbuatan (fizikal), fikiran (minda) dan percakapan (kata-kata) tetap membawa kepada tindak balas (pembalasan). Bermakna, yang baik membawa kepada tindak balas yang baik dan begitu sebaliknya.

Konsep seumpama ini mudah disalah tafsir demi untuk kepentingan golongan-golongan tertentu. Golongan kasta atasan seperti Brahmin menyatakan bahawa orang yang banyak dosanya dilahirkan dalam jati/kasta. bawahan dan sebaliknya. Peristiwa-peristiwa yang dapat menyokong pandangan ini diselitkan dalam beberapa karya yang bersifat agama kemudiannya.


15.4.1 Sistem Varna

Terdapat perbezaan yang nyata antara sistem vama dengan sistem jati dan kedua- duanya, tidak boleh dicampuradukkan. Sistem varna merupakan pembahagian kelas sosial yang tetap hierarkinya dan tidak boleh diubah iaitu sistem ini mengehadkan mobiliti sosial. Kelas sosial dibahagikan kepada lima kategori iaitu pertama, Brahmin iaitu golongan guru-guru agama, pedanda, pengendali upacara di kuil, golongan terpelajar dan lain-lain; kedua, Kshatriya iaitu kelas pemerintah dan pasukan keselamatan negara; ketiga, Vaishya iaitu kelas perekonomian; keempat, Shudra yang berkhidmat kepada tiga-tiga golongan di atas; dan kelima, Panchama/Chandala iaitu golongan murtad dan dibuang varna.

Sistem varna yang tersebut di atas hanya diamalkan di India Utara dengan begitu berkesan serta sistem ini dipelihara oleh pemerintah. Amalan sistem ini didapati sudah wujud sekurang-kurangnya sejak Zaman Veda Awal (1500SM- 1000SM). Kehadiran kumpulan orang Arya ke benua kecil India, terutamanya di India Utara telah mencetuskan pertembungan dan pertentangan dengan kebudayaan tempatan. Orang tempatan merupakan masyarakat tani, berkulit gelap, berambut kerinting, tidak mengenah ajaran-ajaran Veda dan bahasa serta budaya orang Arya. Orang Arya merupakan masyarakat yang sentiasa berperang yang tidak mengenali sistem pertanian setempat, berkulit cerah dan hidup secara berpindah-randah. Apabila mereka sampai ke kawasan barat laut India dan membuka petempatan, budaya kebendaan mereka masih tidak maju. Interaksi, pertembungan dan pertentangan budaya ini telah menjadi asas bagi permusuhan antara penduduk tempatan dan kumpulan pendatang, orang Arya. Namun begitu, sifat orang Arya membolehkan mereka dapat mengatasi orang tempatan dan mereka beranggapan kaum mereka lebih bermartabat berbanding orang tempatan. Maka itu orang tempatan dipanggil sebagai dasha ataupun dasyu bererti hamba abdi.

Pada awalnya kegiatan pertanian turut dianggap sebagai sektor pekerjaan yang tidak bermartabat kerana ianya diceburi oleh orang tempatan. Di samping itu, kejahilan orang Arya mengenai bidang pertanian menyebabkan mereka memandang hina kegiatan ini. Tetapi selepas beberapa lama kemudian orang Arya mula menyedari akan kepentingan bidang pertanian dan mulai menunjukkan rasa hormat terhadap bidang tersebut kerana mereka sudah mula mempelajari cara-cara pertanian daripada orang tempatan.

Pertentangan budaya yang berlaku menyebabkan orang tempatan tidak dimasukkan dalam sistem varna di peringkat awal. Orang Arya telah meletakkan dan menyusun kedudukan mereka dalam tiga varna. Ini termasuklah varna. Brahmin, Kshatriya dan Vaisya yang dikenali sebagai Trivama dan kemudiannya, orang tempatan dimasukkan ke dalam sistem vama dengan diletakkan sebagai varna keempat, Shudra. Dengan ini, konsep Caturvama iaitu empat varna diterima oleh masyarakat Arya.


15.4.2 Sistem Jati

Pada akhir Zaman Veda Kemudian (1000SM-500SM), terdapat pelbagai suku kaum yang berperang antara satu sama lain. Pemerintahan pusat yang lemah tidak lagi dapat menjamin keselamatan rakyat dan kesannya, rakyat terpaksa menjaga kebajikan masing-masing. Desakan dan tekanan ini menyebabkan orang Indo-Arya meletakkan dan menyusun masyarakat mereka kepada unit-unit pentadbiran kecil berasaskan pengkhususan pekerjaan. Dengan ini sistem varna menjadi lumpuh dan ini merintis jalan bagi kewujudan unit-unit kecil yang dikenali sebagai jati yang pada asasnya adalah bersifat kesatuan pekerja. Bezanya keahlian dalam jati ditentukan menurut kelahiran dan pada peringkat awalnya, sistem jati tidak bersifat hierarki.

Jati merupakan kumpulan yang berfungsi berdasarkan pekerjaan yang mempunyai identiti sosial dan kepentingan ekonomi. Sistem ini bermula di India Utara dan kemudiannya tersebar meluas ke seluruh benua kecil India, dan tiada sesiapa pun yang terkecuali dalam sistem ini. Sistem jati memiliki sistem pentadbiran, peraturan-peraturan serta sistem keadilan yang tersendiri. Sistem keadilan bagi jati dikendalikan oleh jawatankuasa lima orang iaitu Panchayat. Pemerintahan pusat tidak dipedulikan oleh ahli-ahli jati kerana segala isu mereka dikendalikan oleh jati mereka, dan ini bermaknajati berperanan sebagai unit politik terkecil. Wakil jati akan memastikan kebajikan masing-masing dipelihara.

Semangat jatisme semakin bertambah kuat sehinggakan dapat mengatasi semangat kebangsaan (nasionalisme). Selepas beberapa kurun kemudiannya muncul pula pemeringkatan taraf dalam sistem jati dan ianya begitu dititikberatkan. Pengasingan sosial (makan-minum, perkahwinan, dan sebagainya) digunakan sebagai alat yang berkesan untuk menjaga identiti jati masing-masing. Perkahwinan endogami amat dipentingkan supaya martabat jati tidak dicemari.

Sistem jati bukan sahaja wujud di kalangan orang beragama Hindu, sebaliknya terdapat juga di kalangan penganut agama-agama lain sepeiti Kristian, Islam, Bahai dan sebagainya di India yang turut mengamalkan jati masing-masing.

Pengasingan sosial yang diamalkan kemudiannya menjadi sebegitu kejam sehinggakan terdapat jati-jati yang dianggap 'tidak boleh disentuh' (untouchables) iaitu Harijan, dan mereka ini juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan kediaman jati-jati atasan tanpa urusan kerja. Manusia dalam golongan jati seumpama ini sekarang dikenali sebagai 'Harijan' (anak-anak Tuhan) ata.uDalit.

15.5 BAHASADANKESUSASTERAAN

15.5.1 Kumpulan Bahasa dan Skrip Bahasa

Di negara India, terdapat lebih kurang 325 bahasa dan 750 loghat tetapi hanya 14 bahasa utama diperakui menurut perlembagaan. Lebih kurang 87 peratus


daripada rakyat India menggunakan 14 bahasa utama ini. Bahasa-bahasa tersebut dan peratus penggunaannya ialah bahasa Hindi (30%), Telugu (9%), Bengali (8%), Marathi (8%), Tamil (7%), Urdu (5%), Gujarati (5%), Kannada (4%), Malayalam (4%), Punjabi (3%), Assam (2%), Oriya (1%), Kashmiri (1%) dan lain-lain (13%). Bahasa-bahasa di India dibahagikan kepada dua rumpun keluarga bahasa iaitu bahasa-bahasa Indo Arya dan bahasa-bahasa Dravida.

Mengenai bahasa Indo-Arya, bentuk asli bahasa ini terdapat dalam bahasa Sanskrit. Apabila orang-orang Indo-Arya meluaskan kawasan sehingga ke Lembah Ganges dan ke timur, perbezaan loghat tempatan (bersifat daerah) membawa perubahan dalam bahasa Sanskrit. Pada tahun 800SM, bahasa Sanskrit mengalami perubahan fonologi dan morfologi sehingga wujudnya loghat- loghat baru zaman pertengahan seperti Prakrit, Pali, Shauraseni, Magadhi dan lain-lain. Pada zaman Buddha (500SM), loghat-loghat ini dianggap sebagai bahasa-bahasa tempatan yang dihubungkan dengan kawasan geografi masing- masing. Bahasa-bahasa ini menjadi awalan (precursors) kepada bahasa-bahasa tempatan yang digunakan sekarang. Bahasa-bahasa dalam kumpulan ini termasuklah Assamese, Bengali, Gujarati, Hindi, Kashmiri, Marathi, Oriya, Punjabi, Sanskrit, Urdu, Rajastam dan Sindhi.

Mengenai bahasa Dravida, bahasa Dravida kuno digunakan oleh beberapa puak seperti Toda. Bahasa-bahasa Dravida termasuklah Tamil, Malayalam, Kannada, Telegu dan juga Gondi (Madhya Pradesh), Brahui (Baluchistan), Kaudh atau Kui (Orissa) dan di kalangan puak-puak Toda dan Kota.

Selain daripada kumpulan bahasa Indo-Arya dan bahasa Dravida terdapat juga kumpulan bahasa Munda yang digunakan terutama di kawasan pergunungan di Bengal dan Bihar (Kherwari), Orissa Quang) dan Madhya Pradesh (Kurku). Contoh kumpulan bahasa Tibet-Burma ialah Ladakhi di Kashmir dan Garo, Tripura Naga dan Kuku Chin di Assam. Bahasa-bahasa yang belum diklasifikasikan termasuklah Burushaski di Kashmir Utara dan Andamanese di kepulauan Andaman.

Dokumen bertulis yang tertua sekali ialah inskrispsi-inskripsi Zaman Asoka (kurun ke-3 S.M.) yang menggunakan skrip Kharosthi. Skrip ini juga digunakan di Parsi dan di barat laut India, dan kemudiannya tidak digunakan selepas kurun ke-3. Skrip Parsi-Arab yang diperkenalkan oleh orang-orang Muslim dari Arab dan Parsi masih digunakan dalam bahasa Urdu moden. Bentuk arah tulisannya ialah dari kanan ke kiri dan ia menggunakan beberapa vokal sahaja. Tetapi kebanyakan skrip-skrip India mempunyai asal-usul dalam skrip Brahmi kerana adaptasinya kepada pelbagai bunyi bahasa-bahasa India. Selain daripada bentuk lama Brahmi terdapat juga skrip India Utara, iaitu skrip Devanagari yang menggunakan garis di atas perkataan untuk menyambung huruf-huruf. Sanskrit, Prakrit, Hindi, Marathi dan variasi-variasi tempatan seperti Punjabi, Oriya, Gujarati dan Bengali menggunakan skrip ini. Skrip yang digunakan di India Selatan mengambil bentuk yang berlainan, iaitu huruf-


hurufnya mempunyai perhiasan bulat. Orang-orang Tamil mengembangkan huruf-huruf mereka tersendiri.

15.5.2 Kesusasteraan

Bersesuaian dengan dua kumpulan keluarga besar India, bahasa-bahasa Indo- Arya dan Dravida, kesusasteraan India turut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kesusasteraan Indo-Arya dan kesusasteraan Dravida.

(i) Kesusasteraan Indo-Arya

Kesusasteraan Indo-Arya lebih menonjol sebagai kesusasteraan yang tertua dan terkemuka di India. Hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta dan dihasilkan dalam bahasa Sanskrit menjadi karya sastera yang paling berjaya lagi menonjol pada zaman klasik. Lebih-lebih lagi bahasa Sanskrit merupakan bahasa utama dalam kumpulan bahasa-bahasa Indo-Arya. Oleh itu tumpuan diberikan kepada kesusasteraan Sanskrit.

Kesusasteraan Vedik

Kesusasteraan Vedik berlangsung antara tahun 1500SM sehingga 500SM. Perkataan Veda berasal dari kata dasar Vid, ertinya melihat dan mengetahui. Kitab-kitab suci zaman Veda boleh digolongkan kepada dua bahagian iaitu pertama, Shruti merupakan ajaran-ajaran yang diwahyukan ataupun ajaran-ajaran yang didengarkan oleh Tuhan kepada para maharesi (sages) dari semasa ke semasa menurut kehendak zaman; dan kedua,SMriti merupakan ulasan-ulasan dan tafsiran-tafsiran yang diturunkan oleh generasi manusia kepada generasi manusia secara turun-temurun. Dari segi perbandingan, isi kandungan Shruti tidak pernah diubah ataupun tidak boleh diubah; manakalaSMriti boleh diubahsuai dari semasa ke semasa.

Empat kitab suci veda tersebut ialah Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda. Antaranya, Rig Veda merupakan kitab suci yang tertua, bukan sahaja di India malah seluruh dunia. Tiga kitab suci yang pertama dianggap tercipta sebelum tahun 1000SM. Dalam konteks ini, Vedanga bererti anggota kitab-kitab Veda dan terdapat enam bidang pengajian. Karya-karya Vedanga bukan bersifat tafsiran ajaran-ajaran Veda. Sebaliknya merupakan enam bidang yang dipelajari supaya dapat membantu dalam memahami kitab-kitab Veda dengan tepat. Zamannya berlangsung antara tahun 600SM sehingga 200SM. Enam bidang pengajian tersebut ialah pertama, Siksa-tonetik, yang menekankan sebutan yang tepat; kedua, ChancU-prosodi/pola. irama puisi; ketiga, Nirukta-et[mo\ogi, tafsiran istilah-istilah tertentu; keempat, Kalpa - tatacara pengendalian upacara pengorbanan; dan kelima, Vyakarana iaitu nahu; dan keennm, fyotisa iaitu astronomi, ilmu falak.


Kesusasteraan Epik

Kebanyakan teks-teks dharma (ajaran-ajaran mengenai keadilan dan kebaikan yang patut menjadi amalan setiap insan) adalah bersifat arahan-arahan langsung tanpa ulasan tambahan; dan bukan semua lapisan masyarakat dapat memahami. Oleh itu wujud karya-karya kesusasteraan bersifat epik yang menyampaikan ajaran-ajaran dharma yang serius lag! tegas dalam bentuk cerita dengan memuatkan watak-watak yang cukup mantap. Cerita epik ini mudah difahami dan diingati oleh rakyat biasa, terutama melalui cerita lisan. Oleh itu cerita- cerita seperti ini digunakan untuk menyebarkan ajaran-ajaran dharma.

Epik Mahabharata

Epik Mahabharata dicipta dan dihasilkan oleh Vyasa antara tahun 400SM dan 400 Masihi. Karya ini mengandungi lebih kurang 100 000 seloka (puisi) dan merupakan karya puisi yang terbesar di dunia.

Epik ini berkisar kepada kisah pemerintahan kerajaan Kurukshetra di India Utara. Tema utama Mahabharata adalah berkaitan dengan peperangan besar di antara Pandava dengan Kaurava tetapi epik ini sengaja diperluaskan dengan pelbagai jenis cerita sisipan. Cerita-cerita sisipan ini berperanan sebagai didaktik, memberi ajaran-ajaran agama dan moral. Secara ringkas Mahabharata boleh dianggap sebagai sejarah bheda (konflik), rajyavinasa (kehilangan negara) dsmjaya (kekayaan). Mahabharata mengandungi pelbagai perkara yang menarik perhatian sarjana-sarjana dalam pelbagai bidang seperti agama, falsafah, etika, masyarakat dan kesusasteraan. Sebab itulah Mahabharata dianggap sebagai itihasa (yang membincangkan sembilan jenis emosi dan matlamat kehidupan); purana (cerita-cerita tentang dewa-dewi); akhyana (yang mengandungi lagenda- lagenda dan mitos); dharmasastra (yang mengajar tentang pelbagai jenis dharma); arthasastra (karya-karya yang menyentuh perkara-perkara kerajaan dan pemerintahan); kamasastra (yang membincangkan percintaan); nitisastra (yang menekankan idea-idea etika); dan moksasastra (membincangkan cara-cara membebaskan diri daripada kelahiran semula).

Dari sudut pandangan biasa Mahabharata merupakan peristiwa benar tentang satu peperangan antara dua pihak yang menuntut takhta kerajaan. Sekiranya dilihat dari segi etika peperangan ia mewakili konflik prinsip dharma dan adharma, iaitu antara kebaikan dengan kejahatan ataupun keadilan dengan ketidakadilan tetapi pada akhirnya kejayaan adalah kepada pihak yang mendukung dharma.

Bhagavadgita (BG)

Antara ajaran agama yang terdapat dalam Mahabharata, perbincangan mengenai falsafah yang terkandung dalam Bhagavadgita menduduki tempat yang penting dalam koleksi pemikiran falsafah India. Sebelum tercetusnya peperangan antara Pandawa dengan Kaurava, Arjuna (kumpulan Pandava) menghadapi konflik


jiwa kerana beliau terpaksa membunuh sanak saudara dan ahli-ahli keluarganya. Sri Krishna yang berperanan sebagai penasihat Arjuna memahami perasaan tersebut lalu mengajar intipati kebenaran suci untuk mencapal tarafhidup yang kekal abadi. Krishna menggalakkan beliau supaya bertindak tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tuhan; dan menjelaskan bahawa medan peperangan merupakan badan manusia di mana segala peristiwa berlangsung. Duryodhana (kumpulan Kaurava) merupakan kuasa jahat yang ada dalam badan kita; Arjuna merupakan kuasa mulia (diwakili oleh hati suci, tidak gentar, tanpa egoisme); dan Krishna merupakan jiwa yang bersemayam dalam hati setiap manusia. Dengan ini, Krishna mengajar kepada Arjuna agar melawan kuasa-kuasa jahat ini.

Bhagavadgita mengajar manusia tentang svadharma atau kewajipan hidup seseorang untuk mencapai kebenaran, di samping mengesyorkan rajayoga (disiplin badan dan minda); karma-yoga (jalan tmdakan);jnanayoga (melalui pengetahuan benar) dan hhakti yoga (melalui kebaktian kepada Tuhan) sebagai jalan untuk mengenali jiwa atau Tuhan. Walau apa pun jalan yang ditempuhi, kewajipan tidak seharusnya dilaksanakan sebagai suatu dosa. Apa sahaja yang dilaksanakan hendaklah disertakan dengan kebaktian dan ianya harus ditujukan kepada Tuhan.

Epik Ramayana

Epik Ramayana dicipta dan dihasilkan oleh Valmiki, seorang pertapa di antara tahun 200SM hingga tahun 200 Masihi. Epik ini mengandungi 24 000 seloka (puisi) dan ceritanya berpusat di Ayodhya, iaitu ibu negeri kerajaan Kosala yang terletak di timur Kuruksetra. Valmiki mencipta epik Ramayana ini bertujuan untuk menggambarkan kehidupan seorang manusia yang sempurna, iaitu gambaran perwatakan yang ideal. Dalam epik ini, Rama merupakan pendukung watak yang harus diteladani oleh setiap manusia kerana beliau merupakan pendukung kewajipan, ideal pengorbanan diri, manusia yang penuh dengan kasih sayang serta pelindung kepada sesiapa sahaja yang cinta akan dharma. Rama digambarkan sebagai anak yang setia, suami yang bertanggungjawab, abang yang dihormati, rakan yang setia, penegak keadilan dan sebagainya.

Epik Ramayana, selain sebagai karya teks seni sastera dan sejarah, ia juga merupakan dharmasastra atau teks suci yang mengajar perihal keadilan. la menerangkan prinsip-prinsip abadi (sanatoria dharma) dan menjelaskan sifat-sifat ideal yang merupakan asas kepada dharma.

Drama

Dalam arena drama, ciptaan berjudul Natya Sastra dijadikan sebagai buku teks drama, muzik dan tarian yang menyumbangkan kepada perkembangan drama- drama. Buku ini membincangkan mengenai seni bina teater, konvensi-konvensi pentas, teknik-teknik produksi, persembahan dan artis-artis. Misalnya teknik koreografi dan pergerakan pentas dapat dilihat dalam sistem-sistem pelbagai


pergerakan fizikal. Natya Sastra menyatakan terdapat 13 gerakan untuk kepala, 36 gerakan untuk mata, 10 gerakan untuk badan dan lain-lain.

Drama Sanskrit dicipta untuk menghiburkan para hadirin (finanda) dengan menyampaikan rasa melalui lapan emosi (sthayihhava). Contoh drama-drama sebegini ialah seperti drama Sakuntala (yang menggambarkan cinta dan belas kasihan), Mudraraksasa (menggambarkan heroisme) dan Mrcchakatika (menggambarkan kama). Oleh kerana terdapat bahan-bahan falsafah dan dramatik yang dimasukkan, sesuatu drama yang dipersembahkan kadangkala akan mengambil masa selama tiga hmgga 15 hari.

Karya Linguistik

Karya linguistik [mtuAstadhyayi ciptaan Panini telah disusun pada kurun ke-4SM. Karya nahu ini menandakan pencapaian terkemuka dan terulung dalam bidang linguistik. Menurut Profesor A.L. Basham, ketepatan prinsip-prinsip linguistik yang terdapat dalam karya ini tidak pernah dicapai oleh tamadun- tamadun lain di seluruh dunia sehingga kurun ke-19 Masihi. Karya ini mendukung lebih kurang 4,000 peraturan tatabahasa yang teliti dan saintifik.

Sastera Cerita

Permulaan sastera cerita terdapat dalam kesusasteraan Vedik dan kemudian dalam cerita-cerita dongengJataka. Cerita-ceritaJataka yang bersifat pendidikan moral dimasukkan ke dalam ajaran Buddhisme pada kurun pertama sebelum masihi. Sastera cerita sebenarnya tidak mengambil bentuk ajaran agama, ia kekal sebagai sastera sekular.

Antara sastera cerita yang penting ialah cerita dongeng seperti Pancatantra; cerita Brhatkatha yang mempunyai satu rangka cerita dengan banyak episod; dan novel klasik seperti Dasakumaracarita oleh Dandin dan Kadambari oleh Bana.

(ii) Kesusflsteraan Dravida

Dalam keluarga bahasa Dravida, terdapat empat bahasa utama iaitu bahasa Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada yang memiliki tradisi kesusasteraan yang kaya. Bahasa Tamil memiliki sejarah kesusasteraan terawal dalam keluarga bahasa Dravida. Bahasa Tamil dikatakan sebagai bahasa teras bagi keluarga bahasa Dravida dan oleh sebab itu, bahagian kesusasteraan Dravida, kesusasteraan Tamil diberikan tumpuan penting.

Tolkappiyam

Karya nahu berjudul Tolkappiyam yang bertarikh tahun 300SM merupakan bahan bertulis yang tertua ditemui dalam bahasa Tamil. Maklumat mengenai pencipta karya ini tidak diketahui, kecuali nama beliau diterbitkan daripada karyanya, menjadi Tolkappiyar. Karya ini mengandungi tiga bahagian iaitu


fonologi, morfologi dan sintaksis dan konvensi-konvensi puisi. Buku ini masih menjadi rujukan penting dalam bidang nahu serta konvensi Tamil. Terdapat rujukan mengenai karya-karya yang lebih awal seperti Aindiram dan Agattiyam, tetapi hanya beberapa puisi daripada karya-karya tersebut dapat diperoleh sebagai rujukan dalam karya-karya lain.

Kesusasteraan Sangam

Perkataan Sangam merujuk kepada akademi penyair-penyair agung. Penyair- penyair ini menghasilkan karya berbentuk puisi Zaman Sangam yang meliputi tempoh masa dari kurun ke-3SM sehingga kurun ke-2 Masihi. Puisi-puisi Sangam disusun kepada dua koleksi iaitu Pattuppattu (sepuluh puisi iaitu setiap puisi merupakan gambaran ringkas tentang sesuatu perkara) dan Ettuttokai (lapan antologi puisi).

Tema puisi-puisi Sangam boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu aham danpuram. Aham berertibahagiandalamanataupunperasaan dalam hati. Dalam konteks puisi zaman Sangam, cinta yang terkandung dalam hati dikenali sebagai aham. Puram bererti bahagian luaran. Puram dalam konteks puisi-puisi Sangam menandakan sifat-sifat mulia seperti semangat keperwiraan, keadilan, berani, murah hati dan sebagainya.

Puisi Aham

Cinta dalam puisi aham dibahagikan kepada dua jenis iaitu cinta yang sepadan dan cinta yang tidak sepadan. Cinta yang sepadan bermaksud dua orang bercinta antara satu sama lain dan mereka mempunyai beberapa persamaan dari segi pendidikan, umur yang bersesuaian (lelaki sepatutnya lebih tua daripada perempuan) dan sebagainya. Cinta yang sepadan akan melalui dua tahap masa iaitu pertama, kalavu merupakan cinta sebelum perkahwinan dan kedua, karpu merupakan cinta selepas perkahwinan. Manakala cinta yang tidak sepadan dianggap berdasarkan nafsu sahaja. Misalnya perempuan yang lebih tua bercinta dengan lelaki yang jauh lebih muda usianya, cinta terhadap anak gadis sunti, cinta yang tidak berbalas dan sebagainya.

Bagi aham terdapat lima uripporul (tema khusus), iaitu pertemuan, penantian, kecurangan suami/isteri merajuk, penantian cemas dan perpisahan bagi sementara waktu. Kelima-lima tema ini dikenali sebagai disiplin aintinai. Aintinai bererti lima jenis bentuk muka bumi.

Sifat istimewa puisi-puisi ini terlihat pada kebolehan penyair-penyair menggunakan unsur-unsur alam semula jadi untuk menandakan dan menggambarkan perasaan dalaman.

Puisi Puram

Puram merangkumi segala-galanya kecuali aham (cinta). Oleh itu ia meliputi masyarakat, raja, negara, kumpulan-kumpulan pekerja, kekayaan, kemiskinan,


pendidikan dan berbagai-bagai cita-cita yang ideal (sempurna) yang berkaitan dengan kehidupan. Bahagian puram mengandungi sebilangan besar sajak-sajak berkenaan. peperangan kerana peperangan merupakan sesuatu yang dapat menguji keperwiraan seseorang raja serta kemuliaannya. Ini kerana masyarakat memberikan keutamaan kepada sifat keperwiraan, walaupun peperangan membawa kemusnahan serta pengorbanan nyawa dan harta benda.

Perasaan yang diluahkan atau digambarkan dalam puisi-puisi puram adalah perasaan diri sendiri atau individu bukan sepeiti aham yang melibatkan hubungan dengan orang lain. Fikiran dan perasaan yang digambarkan itu adalah berdasarkan kenyataan hidup, nilai-nilai masa dan alam, keperwiraan serta nilai- nilai sosial yang lain.

Tirukkural

Terdapat 18 buah karya etika dalam bahasa Tamil yang dikenali sebagai Patienenkiilkanakku ataupun Niitinuulkal. Tirukkural merupakan satu-satunya karya etika yang disanjung tinggi kerana kewibawaan ajarannya yang bersifat universal di kalangan masyarakat Tamil. Nilai-nilai yang diperkatakan dalam karya ini bersifat sejagat (universal) dan karya berbahasa Tamil ini dicipta oleh Tiruvalluvar (Valluvar). lanya mengandungi tiga bahagian utama dengan 1330 kuplat dalam 133 bab iaitu Aram (etika/kebenaran) yang mengandungi 38 bab, Porul (kebendaan/politik) yang mengandungi 70 bab dan Inbam (cinta) yang dibincangkan dalam 25 bab. Kandungan Kural adalah tersusun rapi dan setiap sajak adalah sangat penting dalam struktur keseluruhannya. Setiap sajak mempunyai dua bentuk maksud, iaitu jika diasingkan dari struktur ia kehilangan maksud di dalam strukturnya dan Rural hanya merupakan satu kata-kata hikmat. Dalam Tirukkural, setiap sajak merupakan unit yang berasingan dan berfungsi. Ini menjadikan Tirukkural sebagai satu karya agung ciptaan seorang pertapa yang merupakan pemberian peraturan hidup kepada orang-orang Tamil.

Kesusasteraan Bhakti

Menjelang kurun ke-2 Masihi, pengaruh agama Buddha dan Jaina mulai dirasai di kawasan India Selatan, dan kedua-dua agama ini hampir mengetepikan atau menyingkirkan agama Hindu. Keadaan ini berterusan sehinggalah kemunculan angkatan Bhakti yang memulihkan semula agama Hindu dengan menamatkan pengaruh agama Buddha dan Jaina. Angkatan Bhakti disertai oleh wali-wali Hindu yang dikategorikan kepada dua iaitu pertama nayanmar yang mempelopori aliran mazhab Saivisme; dan alvar yang menyumbangkan kepada perkembangan aliran mazhab Vaisnavisme.

Nayanmar dan alvar menggunakan bahasa Tamil yang mudah untuk menyebarkan ajaran mazhab-mazhab mereka. Lagu-lagu suci yang dapat dinyanyikan dengan iringan muzik dicipta oleh mereka ini. Menerusi lagu-lagu


suci yang agak mudah bentuknya mereka berjaya mengembalikan penduduk India Selatan kepada agama asal mereka iaitu agama Hindu. Koleksi lagu-lagu suci ciptaan mereka turut dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tirumurai bagi mazhab Saivisme dan Nalayirat Tivya Pirapantam bagi mazhab Vaishnavisme. Koleksi lagu-lagu suci ini bertarikh antara kurun ke-6 Masihi sehingga kurun ke-11 Masihi.

Karya-karya Bahasa

Tatabahasa, gaya bahasa {rhetoric) dan perkamusan (lexicography) sentiasa diberi perhatian oleh para pengarang India sejak bermulanya kesusasteraan bertulis. Perkembangan yang besar dalam bidang ini berlaku pada zaman Chola.

Yapparungalam dan Yapparungalakkaarigai merupakan karya-karya tentang Prosodi yang disusun oleh Amitasagara, seorang pertapa Jaina pada akhir kurun ke -10. Virasoliyam pula ialah sebuah karya yang amat berguna untuk mengetahui sejarah teori tatabahasa dalam bahasa Tamil.

15.6 AGAMA DAN FALSAFAH

15.6.1 Hinduisme

Sejarah awal kemunculan agama Hindu sukar untuk ditentukan kerana agama ini dianggap bersifat agama semulajadi. Hinduisme tidak mempunyai pengasas dan tidak memiliki institusi agama yang bersifat pusat untuk mengetuai segala pengikut agama ini di seluruh dunia. Kepercayaan dan ajaran Hindu diwarisi secara turun-temurun. Nama asal agama Hindu ialah Sanata Dharma bererti prinsip ataupun peraturan kerohanian yang kekal abadi seperti juga sifat Tuhan yang kekal abadi.

Bukti terawal mengenai agama Hindu ditemui dalam tamadun Lembah Sungai Indus yang berusia lebih kurang 4 000 tahun. Penemuan bukti-bukti arkeologi di Lembah Sungai Indus seperti patung-patung (yang menandakan konsep Dewi ibu), sebuah mohor (yang menandakan penyembahan Dewa Shiva yang awal), objek-objek yang berbentuk seolah-olah seperti Shiva-Linga dan kolam permandian yang digunakan untuk tujuan kerohanian. Ini membuktikan pandangan bahawa agama Hindu merupakan agama tertua di dunia yang masih ada dalam amalan kebanyakan orang di India dan di luar benua kecil India.

(i) Tahap-tahap Perkembangan Kerohanian

Dalam perkembangan pemikiran orang-orang Indo-Arya terdapat empat peringkat yang nyata iaitu Politeisme, Henoteisme, Monoteisme dan Monisme.

Peringkat Politeisme memperlihatkan orang Indo-Arya memuja unsur- unsur alam semulajadi seperti api, angin, pokok, sungai dan sebagainya. Mereka berfikiran bahawa semua kuasa ini patut digembirakan, lalu dipuja dengan


pengorbanan dan penyembahan. Biasanya upacara-upacara ini diiringi dengan pembacaan mazmur-mazmur daripada kitab-kitab suci Veda. Proses mempersonifikasikan unsur-unsur alam ini berlaku dan kuasa-kuasa ini dianggap sebagai dewa atau dewi serta memiliki nama-nama seperti Agni, Usas, Indra, Rudra, Vayu dan sebagainya.

Peringkat Henoteisme memperlihatkan kepercayaan politeisme semula jadi mengalami proses perubahan dan wujudlah fikiran bahawa pelbagai dewa- dewi memiliki beberapa sifat yang sama. Ini menjadi sumber (dasar) bagi orang Indo-Arya untuk memperkenalkan dewa Visvakarman (dewa pencipta) dan Prajapati atau dewa yang menjadi ketua bagi semua makhluk di dunia. Mereka mengetahui bahawa walaupun terdapat beberapa dewa-dewi yang dipuja dan disembah, semua ini merupakan beberapa aspek kepada satu kuasa yang tunggal. Apabila seseorang memuja sesuatu dewa-dewi lain dianggap sebagai manifestasi dewa atau dewi yang sedang dipuja olehnya. Kepercayaan seperti ini disifatkan sebagai henoteisme.

Peringkat Monoteisme merupakan kepercayaan bahawa terdapat satu kuasa agung yang bertanggungjawab menggerakkan duniawi. Konsep ini mulai muncul dalam pemikiran agama orang Indo-Arya dan kuasa ini diberi sifat-sifat penciptaan, pemeliharaan, dan pemusnahan, dan dianggap sebagai Tuhan. Untuk mewakili ketiga-tiga sifat Tuhan ini, mereka mencipta dewa Brahma (Dewa Pencipta), dewa Vishnu (Dewa Pelindung/Pemelihara) dan dewa Shiva (Dewa Pemusnah). Pemikiran monoteisme ini menjadi semakin penting dalam kepercayaan agama orang Indo-Arya.

Peringkat Monisme merupakan pemikiran agama orang India tidak terhenti di peringkat monoteisme. Mereka maju selangkah lagi dengan memperkenalkan monisme. Monisme menyatakan bahawa segala sesuatu di dunia ini berasal dari satu sumber yang kewujudannya boleh dirasai di mana-mana sahaja. Sumber itu tidak bersifat pusat sebaliknya tersebar ke seluruh dunia.

(ii) Upacara Pengorbanan Upacara pengorbanan sebagai amalan agama mempunyai kedudukan utama dalam kultus Indo-Arya. Pengorbanan atau yajna dianggap sebagai amalan agama yang terbaik kerana manusia dapat menggembirakan dewa-dewi. Biasanya pengorbanan ditujukan kepada dewa-dewi ataupun pada anasir-anasir jahat seperti asura atau raksasa dengan tujuan yang tertentu, seperti untuk mendapatkan faedah duniawi.

Ada dua jenis pengorbanan yang diamalkan oleh orang-orang Indo-Arya iaitu grhya karmani bermakna upacara pengorbanan di rumah dan mahakratu dan srauta bermakna upacara pengorbanan umum. Grhya karmani dijalankan oleh ketua keluarga (grhapati) dengan bantuan isterinya. Upacara ini menandakan setiap peringkat dalam kehidupan atau samskara seperti garbhadana


(apabila seseorang wanita hamil), pumsavana (pada bulan ketiga kehamilan, bagi mendapat anak lelaki) dan sebagainya.

Manakala pengorbanan umum atau mahakratu dijalankan pada waktu- waktu tertentu olehyajamana raja-raja seperti orang-orang kaya dan ketua-ketua yang menanggung segalaperbelanjaan. Yajamana memerlukan perkhidmatan beberapa ratus orang pedanda untuk menjalankan upacara seperti ini. Lazimnya upacara pengorbanan seperti ini diadakan untuk kepentingan diri sendiri dan bukannya untuk kebaikan negara walaupun raja yang menjalankannya. Jenis upacara-upacara pengorbanan yang dianggap sebagai mahakratu termasuklah vajapeya (bertujuan untuk kembali muda), rajasuya (untuk menerima sifat-sifat kedewaan), asvamedha (pengorbanan kuda untuk mengagungkan kuasa seseorang raja) dan sebagainya.

(iii) Falsafah Agama Vedik

Falsafah Vedik mementingkan lima konsep yang saling berkaitan antara satu sama lain, iaitu Brahman, Atman, karma, samsara dan moksha. Brahman menandakan Tuhan yang dibincangkan sebagai satu prinsip yang menyelubungi segala-galanya (roh duniawi). Atman ialah roh individu dalam badan manusia yang bertujuan untuk diserap ke dalam roh duniawP/ Brahman. Karma merupakan perbuatan, pemikiran dan pertuturan yang dilakukan oleh individu dalam sesuatu kehidupan dan akibat yang akan dialami dalam kehidupan akan datang. Samsara ialah lingkaran kelahiran dan kematian yang dilalui oleh Atman. Akhir sekali, moksha ialah pelepasan daripada kehidupan duniawi dan penyatuan dengan Brahman. Jadi tujuan setiap Atman adalah untuk membebaskan diri daripada karma dan mencapai moksha.

Pada asasnya Brahman dan Atman adalah sama seperti yang dilihat dari namsiParatman bagi Brahman danfivatman bagi roh individu. Tetapi karma menjauhkan Atman dari Brahman, jadi Atman mestilah menghapuskan semua karma untuk mendekati Brahman. Terdapat duajenis karma inhupunya karma (perbuatan baik) danpava karma (yang tidak baik). Keinginan dan nafsu manusia melahirkan tindakan sama ada tindakan ini boleh jadi baik atau buruk, dan dari segi pembalasannya perbuatan baik dibalas pahala dan perbuatan buruk dibalas dengan dosa. Segala dosa dan pahala hendaklah diselesaikan oleh roh untuk bersatu dengan Tuhan.

Menurut karya Upanishad Brahman dalam Upanishad mempunyai dua aspek, iaitu saguna (personal) dan nirguna (impersonal). Saguna Brahman bererti Tuhan yang dikenali manusia dengan pelbagai sifatnya dan ini termasuklah sifat- sifat seperti maha penyayang, maha adil serta pelbagai nama seperti Brahma, Shiva, Vishnu dan sebagainya. Nirguna Brahman bererti konsep Tuhan yang abstrak tiada sifat (attributes) dan diterangkan dalam bentuk penyangkalan seperti tidak panjang, tidak pendek, tidak berbayang atau gelap, tiada rasa atau berbau dan sebagainya.


15.6.2 Agama-agama Heterodoks

Agama-agama seperti Buddha dan Jaina disebut sebab tidak menerima kewibawaan kitab Veda dan tidak mengakui kewujudan Tuhan. Tetapi ajaran- ajaran agama tadi menunjukkan terdapat banyak persamaan dengan idea-idea yang terkandung dalam karya-karya Upanishad. Kedua-dua agama ini muncul pada akhir Zaman Vedik di India.

(i) Buddhisme

Pengasas doktrin Buddhisme ini ialah Siddhartha Gautama Buddha. Siddhartha ialah nama yang berikan oleh ibu bapanya manakala Gautama pula ialah nama keluarga (gotra). Buddha pula menandakan seseorang manusia itu telah mencapai taraf kesedaran kerohanian yang sempurna.

Ajaran Agama Buddha

Buddha tidak mengajar mengenai hal-hal ketuhanan, metafizika atau suatu falsafah kerana beliau sendiri tidak menggalakkan falsafah. Sebaliknya, ajaran Buddha merupakan ajaran-ajaran psikologi dan etika yang berhubung kait dengan kehidupan. Ajaran-ajaran metafizika dalam Buddhisme adalah tambahan (Ahhidhamma) kemudian kepada ajaran asal Buddha (Dhamma).

Ajaran Buddha Tentang Dhamma

Intisari ajaran Dhamma dirangkumkan dalam Empat Kebenaran YangMulia iaitu Dukka (penderitaan), Samudaya (punca. atau sebab membawa penderitaan), Nirodha dan Marga. Apt keinginan, cinta, nafsu, gila kekayaan dan sebagainya merupakan Samudaya yang membawa kepada penderitaan. Akhirnya, marga iaitu jalan ataupun cara untuk memadamkan api keinginan.

Ajaran Buddha mengesyorkan lapan cara atau jalan iaitu pertama, kepercayaan yang betui (benar); kedua, tujuan atau cita-cita yang betui; ketiga, pertuturan yang baik; keempat, perbuatan yang betui; kelima, hidup yang betui; keenam, usaha yang benar; ketujuh, fikiran yang betui; dan kelapan, renungan yang baik. Kelapan-lapan jalan hidup ini boleh dirangkumkan dalam tiga prinsip utama, iaitu pertama, kepercayaan (pada Buddha sebagai guru, yakin pada Buddha Dhamma bagi mencapai nirwana); kedua, berkelakuan seperti yang ditentukan oleh Sangha; dan ketiga, melakukan renungan yang baik menurut Dhamma bagi mencapai nirwana.

Konsep Ahimsa

Ahimsa bererti menolak penyeksaan (himsa) serta pembunuhan, walaupun untuk mengisi perut, seorang itu tidak boleh membunuh binatang. Ini menjadi suatu


konsep yang penting dalam ajaran agama Buddha. Boleh dikatakan konsep ini merupakan sumbangan Buddha kepada dunia kerohanian.

Istilah nirwana (nibbana dalam bahasa Pali) boleh dikatakan sebagai suatu keadaan apabila sesuatu makhluk itu melepaskan segala ikatan duniawi, mengetahui kebenaran serta memperolehi kesedaran secara keseluruhan. la merupakan keadaan apabila apt keinginan dipadamkan sama sekali. Orang yang mencapai keadaan nirwana dikatakan akan berada dalam keadaan bahagia, gembira dan ketenangan yang berkekalan.

(ii) Jainisme

Agama Jaina diperkenalkan oleh Mahavira (Vardhamana) yang mempunyai banyak persamaan dengan ajaran-ajaran Upanishad dan Buddhisme. Agama ini mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang dipercayai menentukan kelahiran semula roh-roh individu. Ini menunjukkan konsep karma dan samsara yangterdapat dalam Upanishad amat penting kepada agama Jaina.

Ajaran Mahavira ini mengandungi sembilan prinsip atau nava-tattva, iaitu pertumn, jiva (roh terdapat dalam semua benda, yang bergerak dan bernyawa termasuk tumbuhan dan ia adalah kekal abadi); kedua, Ajiva (benda-benda yang tidak bernyawa); ketiga, asmva (daya penarik); keempat, papa karma (dosa, hasil perbuatan yang jahat); kelima, punya karma (pahala, hasil perbuatan baik); keenam, bandha (ikatan roh dengan keinginan dan kejahilan); ketujuh, samvara (menahan pengaliran karma); kelapan, nirjara (penghapusan karma); dan kesembilan, siddhi (pelepasan dari kelahiran semula). Papa karma dan punya karma akan menentukan kelahiran semula roh. Perbuatan baik, disiplin mental dan moral, meditasi dan kelakuan baik membantu manusia mencapai samvara. Seseorang yang dapat samvara dan mencapai siddhi dianggap sebagai wira yang menang dalam perjuangannya dan manusia ini disebutjina (perwira).

15.6.3 Sistem Falsafah India

Sistem falsafah India boleh dibahagikan kepada enam aliran (sekolah) falsafah iaitu Nyaya, Vaisheshika, Sankhya, Yoga, Mimamsa dan Vedanta. Sekolah-sekolah falsafah ini menerima bulat-bulat ajaran daripada kitab-kitab Veda. Oleh yang demikian, aliran-aliran falsafah ini juga dikenali sebagai astika darshana.

Nyaya

Ciri-ciri sekolah falsafah ini dikesan dalam kitab-kitab Veda dan Upanishad. Pendukung falsafah Nyaya ialah Gautama dan karya beliau berjudul Nyaya Sutra yang bertarikh kurun ke-2SM menjadi teks asas aliran falsafah ini. Nyaya bermaksud pertimbangan logik dan menurut falsafah ini terdapat empat sumber ilmu pengetahuan iaitu Persepsi (pratyaksha), Inferens (anumana), analogi/perbandingan (upamana) dan testimoni/pembuktian (shabda). Nyaya menekankan empat faktor


dalam mendapatkan ilmu pengetahuan iaitu Subjek yang diketahui (pramata), Objek pengetahuan (prameya), Cara memperolehi pengetahuan yang sah (pramana) dan Pengetahuan yang sah (prama).

Oleh itu falsafah Nyaya mengutamakan doktrin teori pengetahuan serta menerima akan kewujudan Tuhan. Dunia ialah sesuatu entiti benar, bukan rekaan ataupun imaginasi minda. Hidup ini pula bertujuan untuk membawa pengetahuan/kesedaran kepada jiwa. Tuhan dikatakan sebagai bersifat tunggal dan mutlak serta kekal abadi, menjalankan fungsi penciptaan, pemeliharaan dan pembinasaan disertai penjanaan semula tenaga.

Vaisheshika

Sekolah falsafah ini dikenali sebagai Vaisheshika darshana. Pengasas sistem falsafah ini ialah Kanada (kurun ke-3SM) dan karyanya berjudul Vaisheshika Sutra menjadi sumber asas falsafah ini. Vaisheshika dan Nyaya merupakan dua sistem falsafah yang saling berkaitan dan kedua-duanya berkongsi pandangan bahawa kejahilan merupakan sumber bagi segala penderitaan. Kebebasan hanya dapat dicapai menerusi pengetahuan yang betui terhadap kebenaran dan kedua- dua sistem falsafah ini turut menekankan pentingnya pembebasan dalam seseorang individu.

Vaisheshika lebih menonjolkan minat dalam bidang kosmologi. Semua benda dikatakan diperbuat daripada empat jenis paramanu (atom) iaitu atom- atom kepunyaan bumi, air, api dan udara. Gabungan empat jenis atom tadi dalam ukuran yang berbeza membentuk pelbagai benda dan bahan. Sebaliknya, terdapat lima unsur yang terlibat dalam pembentukan dunia iaitu dik (ruang), kala (masa), akasha (eter), manas (minda) dan atma (jiwa).

Vaisheshika mengakui konsep ketuhanan dan Tuhan dikatakan mencipta dunia daripada sembilan unsur yang tersebut di atas dan kesemuanya wujud sebelum dunia diciptalagi. Tuhan membentuk serta menyusun dunia ini. Dalam konteks ini, apa yang penting ialah Tuhan tidak menjadi sebahagian dari sembilan unsur yang diperjelaskan di atas.

Oleh itu falsafah Vaisheshika walaupun bukan ateis {atheistic) tetapi menampakkan perbezaan dengan konsep kepercayaan yang ternyata berlainan dengan aliran sekolah-sekolah falsafah Hinduisme tradisional.

Sankhya

Sankhya dipercayai merupakan sistem falsafah terawal dalam tamadun India. Sejarah kelahirannya melampaui zaman Buddha. Falsafah ini didukung dan dipelopori oleh Kapila dan beliau dipercayai hidup pada kurun ke-7SM. Oleh itu sejarah permulaan falsafah Sankhya turut digariskan sejak kurun ke-7SM. Kapila menghasilkan karya yang merupakan teks asas sekolah falsafah ini iaitu Sankhya Sutra. Pengaruh falsafah ini dapat dikesan dalam kebanyakan sekolah


falsafah di India. Sankhya-Karika ciptaan Isvarakrisna merupakan sebuah lagi teks berwibawa bagi sistem falsafah Sankhya.

Sankhya bererti bilangan iaitu falsafah ini menghuraikan mengenai realiti dalam bilangan yang terhad dan Sankhya juga bererti pengetahuan yang sempurna. Oleh itu, pengetahuan sempurna tentang realiti diutamakan dalam sistem ini. Falsafah ini menyatakan tentang dua realiti mutlak dalam alam semesta iaitu pertama, purusha iaitu jiwa yang bilangannya tidak terkira; dan kedua, prakriti iaitu jirim yang sedia wujud sejak dari awal lagi. Prakriti dikatakan bahan asas bagi perkembangan dunia dan perkembangan ini menjadi kerana adanya purusha. Oleh itu sejarah dunia merupakan sejarah perkembangan yang diakibatkan oleh prakriti dan purusha. Kitaran kematian dan kelahiran akan terhapus jika pengetahuan mengenai perbezaan antara prakriti dan purusha dicapai. Untuk ini inteiek (buddhi) diperlukan dan kebebasan kerohanian pula dicapai menerusi pengetahuan.

Falsafah Sankhya percaya akan konsep sebab dan akibat. Misalnya, dikatakan pokok wujud dalam benih, meja wujud dalam kayu dan sebagainya. Maksudnya sebelum sesuatu benda itu mendapat bentuk, ianya sudah wujud, kerana tiada apa boleh wujud dalam kekosongan. Maka sesuatu yang sedia wujud itu terlebih dahulu dalam penyebab (material) apabila efek (kesan) dihasilkan sebagai penyebab material.

Satu lagi sumbangan penting sistem falsafah Sankhya ialah konsep triguna (tiga sifat) alam semesta. Triguna mengandungi tiga sifat, pertama Sattva iaitu kecerdasan merupakan sesuatu yang membawa kepada keharmonian, kemahiran, ketelitian, kesucian dan keterangan; kedua, Rajas iaitu tenaga merupakan sesuatu yang mengakibatkan aktiviti, gerakan dan keghairahan; dan ketiga, Jamas iaitu kegelapan merupakan sesuatu yang membawa kejahilan, kekasaran, ketidakseimbangan, kemalasan dan ketidakaktifan.

Ketiga-tiga sifat tersebut memainkan peranan tertentu dan berlainan dalam perkembangan prakriti. Sattva pada awalnya bertanggungjawab bagi manifestasi prakriti serta memelihara perkembangannya. Rajas pula mengakibatkan segala macam aktiviti. Tamas pula membawa segala halangan dan keghairahan.

Yoga

Sistem Yoga mempunyai idea falsafah yang sama dengan sistem Sankhya dalam teori pengetahuan dan metafizika, kecuali sistem Yoga memperkenalkan konsep Tuhan mutlak dalam sistem falsafahnya. Sistem Sankhya tidak membicarakan mengenai hal-ehwal konsep Tuhan, tetapi sistem Yoga memperjelaskan realiti Tuhan.

Sistem Yoga dikatakan memiliki sejarah yang panjang tetapi pembentukan sistem ini sebagai satu aliran falsafah hanya dapat dilihat pada permulaan kurun masihi. Pendukung ataupun eksponen terawal bagi sistem ini ialah Patanjali


yang mencipta teks Yoga Sutra (Kurun ke-2SM). Teks ini merupakan sebuah karya agung yang berwibawa dalam aliran falsafah Yoga.

Penyatuan roh individu dengan roh duniawi (cosmic soul) menjadi usaha atau pun tujuan kehidupan ini. Dalam amalan, disiplin sistem Yoga mengandungi latihan minda dan badan fizikal. Ini termasuklah latihan mengawal serta mematikan fungsi anggota badan, pancaindera, minda, inteiek dan ego tanpa menghilangkan kesedaran diri iaitu pengalaman jiwa. Pencapaian ini akan membuktikan bahawajiwa adalah lebih unggul daripada anggota badan, minda yang kompleks serta deria inteiek. Ini membawa kepada pencsipaimprajna iaitu pengetahuan bahawa jiwa itu berbeza daripada minda dan badan fizikal.

Sistem Yoga menolak dakwaan bahawa moksha (kesempurnaan kerohanian) hanya dapat dicapai melalui pengetahuan. Sebaliknya sistem ini percaya bahawa disiplin minda dan badan fizikal dapat membantu dalam proses pencapaian moksha. Oleh itu sistem ini mencadangkan meditasi (renungan mendalam) sebagai salah satu praktikal untuk menyucikan minda dan mencapai moksha.

Mimamsa

Mimamsa bererti siasatan dan objektif utama sistem ini ialah menegakkan kewibawaan kitab-kitab Veda serta aspek ritualnya. Sejarah falsafah ini berusia sejak tahun 1500SM, iaitu bermula sejak Zaman Veda Awal. Tetapi teks yang mendukung falsafah Mimamsa secara sistematik hanya dicipta pada tahun 400SM berjudul Purva-mimamsa Sutra, ciptaanJaimini. Aliran ini tidak bersifat spekulatif, tetapi lebih bercorak praktikal. Kepentingan sistem falsafah ini terletak pada sistem tafsiran kitab-kitab Veda.

Vedanta

Sistem falsafah Vedanta merupakan aliran falsafah yang paling berpengaruh dan pengaruhnya masih berterusan dalam kehidupan dan amalan orang Hindu. la turut dikenali sebagai Uttara Mimamsa kerana falsafahnya dibentuk berteraskan karya-karya Upanishad. Doktrin Brahman (Tuhan) menjadi pokok persoalan utama dalam sistem falsafah ini. Pelopor falsafah ini ialah Badarayana yang mencipta karya berjudul Brahma Sutra (tahun 400SM) dan teks ini turut dikenali sebagai Vedanta Sutra. Selain karya-karya Upanishad dan Brahma Sutra, karya Bhagavad Gita turut menjadi teks asas sistem falsafah ini.

Pendukung falsafah Vedanta yang terkenal ialah Sankara (kurun ke-8 Masihi), orang India Selatan. Terdapat dua aliran utama dalam sistem Vedanta iaitu, Advaita (non-dualistic) dan dvaita (dualistic). Sankara mendukung aliran advaita, yang menyatakan atman (jiwa) dan Brahman (Tuhan) bukanlah dua entiti yang berbeza. Sankara menyatakan bahawa dunia ini bukanlah ilusi semata-mata, sebaliknya ialah manifestasi Brahman itu sendiri. Hanya mereka


yang bijaksana dapat melihat kebenaran ini dan sebaliknya, Brahman tidak bergantung kepada rupa dunia luaran.

Jiwa ataupun roh (atman) peribadi merupakan manifestasi Brahman dan Avidya (kejahilan) membawa perasaan ego pada jiwa. Akhiran bagi atman ialah kebebasan dan penyatuan dengan roh duniawi (Brahman). la hanya dapat dicapai melalui kesedaran kerohanian. Kesedaran bahawa atman dan Brahman adalah sama dan satu akan membawa moksha (kebebasan kerohanian).

Ahli-ahli falsafah Vedanta kemudian seperti Ramanuja (tahun 1017-113) dan Madhva (tahun 1199-1278) pula membawa tafsiran yang berbeza dengan Sankara dalam hal Brahman dan Atman. Ramanuja menyatakan bahawa dunia, Atman dan Brahman adalah berlainan tetapi tidak terpisah. Jiwa dan dunia adalah umpama badan Tuhan (Brahman). Maka itu, segala-galanya terdapat pada Brahman, tetapi jiwa individu adalah berbeza daripada Brahman. Aliran Ramanuja pula disebut Visistadvaita-Vedanta.

Madhva percaya akan Dvaita (dualisme), Brahman dan Atman, dan beliau sebenarnya turut menerima kewujudan dunia. Brahman/Tuhan (Vishnu) adalah kuasa tertinggi dan sempurna. Terdapat jiwa individu yang tidak terkira dan jiwa bergantung pada Brahman. Tuhan hanya dapat disedari melalui kitab-kitab Veda. Persepsi, inferens dan testimoni lisan adalah tiga cara untuk mengetahui kebenaran. Aliran Madhva pula dikenali sebagai Dvaita- Vedanta.

15.7 SENI HALUS

Kehidupan orang India lebih terikat pada alam semula jadi dan kesenian. Dalam bidang seni halus, India telah mencapai kecemerlangan pada awal tahun-tahun masihilagi. Bidang muzik,tarian dan drama berkembangmaju. Asimilasi budaya Hindu dan Muslim memberikan sumbangan yang tidak ternilai dalam bidang sent bina, seni ukir dan lukisan di benua kecil India.

15.7.1 Seni Muzik

Dalam seni muzik India, tala atau corak, metrik menjadi asas teori irama. Raga atau corak melodi pula menjadi asas teori melodi. Pemain dram biasanya menjelaskan rangka tala dengan menggunakan pelbagai paluan dengan tangan dan jari di bahagian-bahagian gendang untuk memperbaiki irama yang kompleks. Dalam muzik India, walaupun teori harmoni tidak begitu meluas, mereka mempunyai raga yang lebih kompleks daripada corak melodi Barat. Pada zaman pertengahan, raga telah mempunyai skala komplementari yang disebut ragini. Raga dan ragini digunakan untuk menggambarkan waktu (kala) atau sesuatu musim, perayaan dan emosi. Alat-alat muzik India terbahagi kepada empat kategori iaitu pertama, tata (tali); kedua, avanaddha (dram); ketiga, ghana (solid atau ideophone); dan


keempat, susira (angin). Alat muzik India Utara adalah berbeza dengan alat muzik India Selatan. Di India Utara, sitar, sahnai, dan tabala merupakan alat muzik utama. Vinai, natasvaram dan mrdanga, menjadi alat muzik yang penting di India Selatan. Muzik India Utara (Hindustani) dan muzik India Selatan (Karnataka) mempunyai asal-usul dalam teks asas Natya-Sastra dan Sangita Ratnakara.

15.7.2 Seni Tarian

Tradisi kesenian India juga menunjukkan bahawa seni tarian dan sent muzik mempunyai hubungan yang erat. Misalnya tarian Kathak dan muzik Hindustani (India Utara), dan Bharata Natyam dan muzik Karnataka (India Selatan). Manakala taridra pula biasanya dimainkan berdasarkan tradisi-tradisi sastera, misalnya taridra Katakkali yang berdasarkan bahan-bahan epik Purana dan taridra Manipuri pula berdasarkan tema-tema dari Bhagavata Purana dan Gita Govinda.

Natya Sastra merupakan teks tarian India dan dicipta oleh Bharata antara kurun kedua dan keenam Masihi. lanya membincangkan secara keseluruhan tentang drama, cara dan teknik mengatur pentas, bahasa persajakan, emosi dramatik (dari mana munculnya aliran-aliran estetik seperti ala.mka.ra dan rasa). Sanggita Ratnakara, karya ciptaan Sangadeva pada kurun ke-13, walaupun mementingkan muzik, mempunyai satu bab tentang tarian.

Jenis-jenis tarian yang menjadi popular di sesuatu kawasan akhirnya telah diakui oleh keseluruhan masyarakat India dan menjadi warisan bersama. Antara tarian-tarian utama ialah seperti Manipuri iaitu dipersembahkan oleh artis-artis wanita sebagai taridra. Berasal dari Manipur di sempadan India-Burma pada akhir kurun ke-18 dan disebarkan ke seluruh India oleh Rabindranath Tagore padatahun-tahun 1920-an. Bharata Natyam iaitu satu jenis tarian tulen disifatkan sebagai penuh dengan gerakan kompleks, gaya tangan, pernyataan perasaan pada muka, gerakan kaki dan tangan. Bentuk yang terdapat sekarang berasal dari kurun ke-17. lanya dipersembahkan oleh penari-penari istana (rajasadasi) dan penari-penari di kuil (deva dasi). Katakkali iaitu dipersembahkan oleh artis- artis lelaki berasal dari Kerala pada kurun ke-16 dan taridra ini dilambangkan dengan pakaian berwarna-warni. Kathak yang dipersembahkan oleh artis lelaki atau wanita secara solo dan kadang-kadang dipersembahkan oleh dua atau tiga orang penari. la berasal dari India Utara pada kurun ke- Tarian-tarian lain seperti Orissi, Mokiniyattam, Bhagavata Mela Nataka, Kutiyattam dan Yaksagana dianggap sebagai tarian-tarian minor.

15.7.3 Seni Drama

Dalam arena drama, ciptaan karya berjudul Natya Sastra merupakan teks drama, muzik dan tarian yang menyumbangkan kepada perkembangan bidang drama. Ciri awal seni drama India berbentuk taridra. Teks ini membincangkan seni


bina teater, konvensi-konvensi pentas, teknik-teknik produksi, persembahan dan artis-artis. Misalnya, teknik koreografi dan pergerakan pentas dapat dilihat dalam sistem-sistem pelbagai pergerakan fizikal dan menyebutkan 13 gerakan untuk kepala, 36 untuk mata, 10 untuk badan dan lain-lain.

Tujuan drama Sanskrit adalah untuk menghiburkan para hadirin (ananda) dengan menyampaikan rasa melalui lapan emosi (Sthay ibhava). Contoh drama- drama seperti ini ialah drama Sakuntala (menggambarkan cinta dan belas kasihan), dan Mudraraksasa (menggambarkan kama). Unsur-unsur falsafah dan dramatik yang dimuatkan menyebabkan sesuatu drama yang dipersembahkan itu mengambil masa tiga hingga lapan belas hari. Misalnya Mattavilasa, drama babak solo kurun ke-7 Masihi dipersembahkan selama lapan belas hari.

15.7.4 Seni Bina dan Seni Ukir

Pada zaman Maurya, bidang seni bina dan seni ukir India berkembang maju. Tiang Asoka merupakan contoh terbaik kemegahan seni bina dan seni ukir India. Pada zaman Gupta, senibina dan seni ukir mencapai kegemilangannya. Di India Utara, Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva adalah antara lambang kemegahan seni bina India. Ukiran Gua Ajanta dan Ellora serta duit syiling India zaman Gupta membuktikan seni ukir India yang tinggi nilainya. Di India Selatan, kuil batu Mamallapuram yang dibina oleh raja Pallava menunjukkan corak seni bina dan seni ukir kompleks yang mengagumkan. Pada zaman Chola, kuil Brigathiswarar yang dibina di Thanjavur menunjukkan keunikan corak seni bina bangunan kuil ini, dan masih menjadi misteri dalam seni bina India.

Dalam bidang seni ukir, India maju dalam seni ukir logam. Pada zaman Muslim (Islam) di India, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang dalam bidang seni bina dan seni ukir. Pembinaan dasar menampakkan sepenuhnya ciri-ciri seni bina Islam tetapi kerja-kerja pengindahan sesuatu bangunan banyak melibatkan ciri-ciri Hindu. Bangunan kuil dewa Govinda; istana Fathpur (dibina pada zaman Akhbar); Taj Mahal danJami Masjid (1644- 58) yang dibina semasa ShahJahan merupakan contoh terbaik yang menunjukkan gaya seni bina dan seni ukir Indo-Parsi.

15.7.5 Seni Lukis

Kesusasteraan India awal menunjukkan bahawa bidang seni lukis India mencapai kemajuan pada zaman tersebut. Dinding Istana dan ruang dalaman rumah golongan berada dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menarik. Kebanyakan kuil gua (cave temples) India dihiasi dengan lukisan bersifat agama. Para pelukis mendapat ilham daripada epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabharata. Gua Ellora, Badami dan Bagh adalah di antara contoh bagi lukisan bersifat agama. Walaupun tujuan utama lukisan Gua Ajanta adalah agama tetapi ianya turut memuatkan unsur-unsur lukisan bersifat sekular.


Dalam zaman Islam pemulihan seni lukisan berlaku di India dan asimilasi seni lukisan menghasilkan gaya lukisan Indo-Sino-Parsi. Akbar telah menubuhkan institusi lukisan untuk menggabungkan gaya lukisan Islam dengan Hindu.

15.8 BIDANG SAINS

Kematangan dan kesempurnaan yang dicapai dalam bidang kerohanian telah merintis jalan bagi orang India memiliki beberapa keistimewaan lain. Ini dapat dilihat dari penemuan-penemuan awal yang telah dilakukan dalam bidang sains. Pengetahuan orang India dalam bidang matematik, astronomi, fizik, kimia, perubatan dan bidang logam merupakan sumbangan yang tidak ternilai kepada perkembangan tamadun dunia.

15.8.1 Ilmu Matematik

Dalam bidang ilmu matematik, pengetahuan mengenai konsep geometri telah berkembang sejak zaman sebelum masihi lagi. Sejak zaman Gupta (319 TM), India telah maju dalam bidang ilmu matematik. Kemajuan ini dapat dicapai oleh orang India hasil pengetahuan yang dimiliki oleh mereka dalam konsep nombor abstrak. Mereka berupaya membezakan nombor abstrak dan nombor kuantiti objek-objek ataupun keluasan ruang. Berbandmg dengan matematik Greek (Yunani) yang lebih bersifat mengukur panjang, lebar dan geometri, India sudah melepasi tahap ini lebih awal lagi. Orang India menggunakan nombor- nombor asas dengan simbol 0 hingga 9 untuk mencipta cara kiraan Algebra asas dan ini membolehkan tamadun India menceburi bidang ilmu matematik yang lebih rumit.

Dalam batu-batu bersurat/inskripsi awal India, tarikhnya tidak ditulis dengan menggunakan simbol-simbol Yunani-Romawi dan Hebrew tetapi telah digunakan sembilan notasi (notation) bagi 9 angka pertama diikuti dengan angka '0' dan '0' menjadi asas bagi menulis 10, 100 dan sebagainya. Inskripsi seumpama ini bertarikh 595 Masihi telah ditemui di Gujarat, India. Pada kurun ke-6, konsep ini sudah pun sampai ke Syria dan juga telah tersebar sehingga ke Indo-China.

Terdapat beberapa karya matematik awal India yang turut menggunakan nombor dalam cara 10 angka. A.ntursLnya.ManuskripBakshali bertarikh kurun ke-4 dan tidak diketahui siapa pengarangnya. Seterusnya karya berjudul Aryabhatiya, ciptaan Aryabhata yang bertarikh tahun 449 Masihi ialah karya matematik yang kedua yang pernah dicipta di India.

Ada sarjana yang beranggapan bahawa sistem perpuluhan yang digunakan dalam matematik adalah ciptaan awal orang Arab. Tetapi anggapan ini salah kerana orang Arab menamakan bidang matematik sebagai Hindisat, ertinya seni


India dan ini membuktikan bahawa sistem perpuluhan adalah ciptaan orang India. Sebenarnya orang Arab telah mempelajari seni matematik dari orang India. Ini berkemungkinan besar berlaku menerusi hubungan perdagangan yang kukuh di antara India dan Timur Tengah sejak kurun sebelum masihi lagi. Terdapat juga kemungkinan orang Arab mempelajarinya setelah mereka menakluk Sind, India pada tahun 712 Masihi.

Beberapa penemuan baru yang dilakukan pada zaman pertengahan oleh pakar-pakar matematik seperti Brahmagupta (kurun ke-7), Mahavira (kurun ke-9) dan Bhaskara (kurun ke-12) tidak pernah diketahui di Eropah sehinggakan berlakunya zaman Renaissance (Pemulihan Budaya). Orang India telah mengenali nombor-nombor positif dan negatif, kubus serta kuasa 3. Mereka juga dapat menyelesaikan persamaan kuadratik dan beberapa persamaan. Orang India juga telah memahami trigonometri, geometn bulatan, kalkulus dan sebagainya. Angka 0 (sunya) dan infiniti telah diketahui lebih awal di India berbanding dengan tamadun-tamadun lain.

15.8.2 Ilmu Astronomi dan Kalendar

Jyotisa adalah salah satu bahagian utama Veda. la merupakan perkiraan astronomi yang digunakan pada zaman awal untuk menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan. Berdasarkan perkiraan astronomi muncul kalendar matahari. Pada zaman awal, orang India berjaya menemui 7 planet tanpabantuanteknologiperalatan. Planet-planet tersebut ialah Matahari, Bulan, Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, Zuhal dan kemudian dua lagi planet ditambah, iaitu Rahu dan Kethu (pusat tenaga) yang berada pada arah bertentangan 180 . 27bintang (nakshatra) turut dikenali dan mempercayai 27 bintang dan 9 planet ini mempengaruhi kehidupan manusia. Kepercayaan inilah yang menjadi asas bagi kemunculan ilmu menilik (astrologi). Bermula pada zaman Gupta, ilmu astrologi berkembang, diterima dan akhirnya, dipercayai oleh semua orang India.

Para sarjana mengatakan terdapat pengaruh seni astronomi orang Mesapotamia (Sumeria) dalam astronomi India. Bagaimanapun, tidak terdapat bukti dan penjelasan yang konkrit untuk memperkukuhkan kenyataan ini. Pakar astronomi Syria, Severus Sebokht (kurun ke-7) telah mengetahui keunggulan astronomi dan matematik India. Beliau berpendapat perkiraan astronomi India adalah sesuai untuk tujuan praktikal dan lebih tepat daripada astronomi Greek- Romawi.

15.8.3 Ilmu Fizik dan Kimia

Pengetahuan mengenai ilmu fizik dan kimia orang India adalah berkaitan dengan agama dan teologi. Konsep jirim muncul berdasarkan intuisi dan logika, dan bukannya eksperimen. Dipercayai bahawa alam semesta terdiri dari gabungan


lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. Pengikut Buddha dan Ajivika menolak angkasa. Hampirsemuaaliranagamadi India percaya bahawa unsur-unadr alam kecuali angkasa adalah bercirikan atom. Ilmu atom India adalah lebih tulen dan berdikari dengan sumbangan pakar atom seperti Pakudha Katyayana (sezaman dengan Buddha).

Menurut Jaina, corak percantuman atom yang berbeza menghasilkan elemen-elemen dengan pelbagai sifat. Orang Buddha melihat atom sebagai "occupying minutest space in the minutest time". Mengikut falsafah Vaisesika pula atom-atom membuat satu percantuman diacldsin triad yang primari sebelum bercantum untuk membentuk sesuatu objek bahan. Orang India percaya bahawa elemen-elemen tanah dan air adalah jenis jatuh, api jenis menaik, padu [solid) dan bendalir jenis mengembang dalam panas. Tetapi usaha eksperimen yang sebenar dan saintifik tidak dilakukan dalam bidang ini.

Konsep bunyi ditentukan berdasarkan eksperimen. Latihan bagi meningkatkan kebolehan mendengar dibuat untuk memahami intonasi sebutan mazmur-mazmur Veda dengan lebih tepat. Sejak awal lagi oktaf (octave) dibahagikan kepada 22 sruti (microtone).

Bidang kimia di India lebih tertumpu pada pembuatan ubat. Pengetahuan kimia tidak digunakan untuk mengubah dan menjadikan logam besi kepada emas, seperti yang dilakukan di Eropah. Orang India membuat ubat bagi hidup lama, racun dan antidotnya. Melalui kimia perubatan juga beberapa bahan alkali utama, asid dan garam logam dicipta dengan proses yang mudah seperti pembakaran dan penyulingan. Mereka juga dikatakan sudah mencipta ubat bedil.

15.3.4 Bidang Logam

Dalam bidang pertukangan besi, kemahiran orang India jelas nampak pada Iron Pillar (Tiang Besi) di Delhi yang dibuat pada kurun ke-5. la merupakan sebatang besi 7 meter tinggi dan begitu tulen sehingga tidak berkarat. Mereka berkemahiran dalam bidang ilmu kaji logam dan barangan logam buatan mereka begitu dihargai di zaman Empayar Romawi dan di Asia Barat.

15.8.5 Bidang Perubatan

Pengetahuan perubatan orang India bermula pada zaman Vedik sebagai sent ilmu sihir. Unsur-unsur bidang perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan perubatan binatang wujud sebelum tahun-tahun masihi. Teks-teks perubatan India seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2) dan Susruta (kurun ke-4) dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen dalam beberapa segi dan lebih maju pada keseluruhannya.


Bab 16

IKTIBAR TAMADUN INDIA: PANDANGAN SEMESTA DAN NILAI-NILAI

G. Sivapalan
M. Rajantheran
R. Rajakrishnan

Pandangan Semesta Organik, Aatya, Ahimsa, Perpaduan, Kepelbagaian, Rajadhanna, Perpaduan dalam Kepelbagaian, Pandangan Semesta Atomistik, Dharma, Svadharma, Visesadharma, Sadharna Dharma, Majmuk-relativisme, Keseluruhan yang Berbeza (differentiated totality), Kontradiksi, Perbezaan, Toleransi.

16.1 PANDANGAN UMUM

Kepercayaan bahawa terdapat satu tamadun atau peradaban yang sempurna adalah mitos, bukan realiti. Setiap tamadun mempunyai kekuatan-kekuatan (keunikan) dan kelemahan-kelemahan yang tersendiri. Kekuatan sesuatu tamadun mungkin terletak pada nilai-nilai moral, agama, falsafah, politik dan estetik manakala kelemahannya terletak pada nilai-nilai ideal. Untuk meneliti dan mengkaji nilai-nilai ideal bukanlah merupakan suatu tugas yang sukar tetapi untuk mengidentifikasikan kelemahan-kelemahan dan memahami sesuatu tamadun itu, menjadi satu cabaran.

Dari tamadun India, kita dapat memerhatikan dua sudut pandangan yang menarik mengenainya iaitu pertama, nilai-nilai ideal dan kontradiksi terhadap nilai-nilai itu; dan keduanya, cara tamadun ini menyesuaikan diri terhadap perkara ini. Inilah dianggap iktibar tamadun India yang menjadi teladan kepada zaman moden masa kini. Dalam konteks ini, iktibar dari tamadun India dilihat melalui dua aspek terpenting iaitu pertama, pandangan semesta dan kedua, nilai- nilai.


16.2 PANDANGAN SEMESTA

16.2.1 Sifat Penerimaan

Sejarah India yang dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu zaman purba, zaman pertengahan dan zaman moden atau masing-masing dikenali sebagai Zaman Hindu, Muslim dan British, telah menyaksikan kedatangan penduduk-penduduk baru dan kemunculan budaya, tradisi, agama, falsafah, bahasa, idea dan sistem baru. Tamadun India dapat meresap, mengubah suai dan kekal dengan elemen- elemen dari dalam dan luar India. Semuanya ini membentuk suatu masyarakat berbilang budaya, agama dan kumpulan etnik dan subetnik di samping terdapat perbezaan berdasarkan kasta, kawasan dan bahasa, yang masing-masing membuka ruang dan peluang bagi pembahagian masyarakat.

Kepelbagaian dalam masyarakat menyumbangkan unsur-unsur kontradiksi seperti kebaikan dan keburukan, toleransi dan tidak bertoleransi, perpaduan dan tidak bersatupadu, kesetiaan dan ketidaksetiaan, persamaan dan ketidaksamaan, integrasi dan perasingan, bekerjasama dan persaingan, persetujuan dan konflik, persamaan dan perbezaan, keadilan dan ketidakadilan, dan perasaan khuatir dan tidak dipedulikan. Tetapi masyarakat India tidak berpecah belah atau tidak menimbulkan keadaan huru-hara walaupun beberapa perubahan antaranya dilakukan dengan kekerasan bukan secara sukarela. Masyarakat India kekal dengan kestabilan walaupun terdapat zaman-zaman yang menyaksikan perubahan pesat dan radikal kerana serangan luar. Ini kerana pandangan semesta India yang menekankan perpaduan dalam kepelbagaian dan dibantu oleh organisasi sosial yang menerima pelbagai unsur sambil menentang perubahan-perubahan.

Tamadun India, khasnya tamadun Hindu, telah mengembangkan pandangan semesta yang dapat mengharmonikan kecenderungan-kecenderungan berkonflik dan lain-lain unsur kepelbagaian dunia fenomena. Pandangan semesta organik ini, walaupun dibentuk berasaskan sifat kerohanian, menerangkan realiti seperti yang didapati di peringkat dasar (ultimate) dan di peringkat duniawi. Pada peringkat dasar realiti dilihat sebagai tidak berpenghujung (infinite) dan tidak terbatas tetapi pada peringkat duniawi ia dilihat sebagai bersifat majmuk dengan pelbagai nama dan bentuk. Tiap-tiap satu ini diakui sebagai realiti dengan unsur-unsur tersendiri di peringkat masing-masing. Walaupun perbezaan- perbezaan ini diakui sebagai satu yang berdasarkan tujuan ia wujud dalam konteksnya, mereka ini haruslah dilihat sebagai pandangan terhad. Sebenarnya mereka ini adalah manifestasi kepelbagaian realiti yang tidak berbeza. Unsur- unsur majmuk, yang dianggap sebagai manifestasi realiti mutlak, saling berhubung dan bergantung antara satu sama lain sebagai elemen-elemen keseluruhan yang berbeza {differentiated totality). Tiap-tiap satu boleh menjadi tumpuan bagi memahami keseluruhan. Dengan mengidentifikasikan unsur-unsur majmuk dengan keseluruhan, konflik yang berlaku di peringkat duniawi dapat diatasi.


Jadi pandangan semesta ini menekankan sifat perpaduan di satu permgkat dan sifat majmuk-relativisme di peringkat lain.

Pandangan semesta ini lebih bersesuaian dengan unsur-unsur kompleks yang terdapat dalam realiti sosial, jadi ia bersedia untuk menerima pelbagai sistem, corak kehidupan sosial dan kepercayaan-kepercayaan. la tidak menuntut atau diganggu oleh prinsip moral yang terlibat dengan kepercayaan bahawa ia mempunyai kebenamn. Pandangan semesta ini membenarkan seseorang memilih cara berfikir dan melakukan tindakan sendiri. Oleh yang demikian kontradiksi diterima sebagai unsur kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Perspektif ini menunjukkan bagaimana India dapat menerima dan dapat mengekalkan pelbagai tradisi, pandangan dan pemikiran yang sering berbeza. Pendek kata, pandangan semesta ini bukan sahaja menerima perbezaan dan kepelbagaian tetapi menuntut supaya mereka wujud bersama.

Sikap menerima kepelbagaian, perbezaan dan kontradiksi dalam tradisi sosiobudaya merupakan sumbangan utama tamadun India kepada tamadun dunia. Sifat ini ialah asas pandangan semesta India yang asal. la menekankan hakikat bahawa terdapat cara berfikir, cara hidup dan cara membuat sesuatu yang berbeza dan alternatif walaupun ia bertentangan satu sama lain. Sifat ini membenarkan kepelbagaian dan menerima hakikat bahawa kontradiksi bukan sahaja boleh wujud bersama tetapi harus wujud bersama kerana dalam dunia benar semua benda dan perkara tidak diaturkan dalam satu sistem yang teratur, seimbang dan berpadu. Jadi tradisi ini tidak menuntut bahawa bagi dua perkara untuk wujud bersama mereka tidak boleh mempunyai unsur-unsur bertentangan. Misalnya dalam aspek agama terdapat pelbagai kepercayaan, amalan dan falsafah yang dianggap sebagai unsur realiti agama. Dalam perkembangan tradisi agama didapati dewa-dewi yang terpenting pada Zaman Veda Awal dengan beribu- ribu mazmur suci dicipta dan pelbagai upacara pengorbanan diadakan. Lama- kelamaan dewa-dewi ini hilang kepentingan dan akhirnya lenyap dari sistem agama orang Indo Arya. Dewa-dewi baru dan pelbagai sistem agama yang berbeza dan kadang-kadang bertentangan muncul, semuanya menegakkan legitimasi dengan menyatakan bahawa mereka didasarkan pada Veda-Veda. Tradisi India menerima semua ini dengan kepercayaan bahawa mereka ialah unsur-unsur benar Hinduisme. Sama ada ia politeisme atau monoteisme mahupun Vaisnavisme atau Saivisme semuanya adalah sama bagi seorang Hindu kerana mereka ialah perwakilan simbolik realiti agama yang sama.

Dewa-dewi politeistik dianggap sebagai penjaga nilai-nilai manusia seperti kesihatan, kekayaan, panjang umur, kemasyhuran dan kejayaan dan mereka boleh merayu kepada dewa-dewi supaya mengurniakan nilai-nilai ini. Konsep bahawa dewa-dewi menjaga sesuatu yang dikehendaki oleh manusia merupakan cara menegakkan nilai-nilai manusia dan memberi sifat-sifat kerohanian kepadanya. Bagi mereka yang mempunyai orientasi psikologi dan kemahiran kerohanian yang tidak sesuai bagi pencanan kehidupan kekal abadi atau integrasi kosmik


boleh meneruskan usaha mencari ketuhanan dalam kehidupan seharian. Jadi politeisme memainkan peranan mengikut rangka keperluannya. Pengikut tradisi Hindu tidak melihat apa jua kontradiksi sebab mereka melihat kesahan berhubung dengan tujuan.

Selain daripada struktur pluralistik tradisi agama Hindu, India juga menyaksikan kedatangan dua agama utama iaitu Islam dan Kristian dengan tradisi, kepercayaan dan amalan masing-masing. Kedua-dua ini wujud bersama dengan kepercayaan dan amalan Hindu dan orang-orang India menerima semua ini dengan semangat dan minda yang membenarkan perbezaan dan kontradiksi. Di samping itu kita dapat lihat orang-orang India yang memeluk kedua-dua agama ini kekal dengan pandangan, unsur dan amalan Hindu. Misalnya prasangka-prasangka kasta, ketidakbenaran perkahwinan semula balu, penyembahan patung dan amalan upacara diteruskan. Kontradiksi dengan ajaran Islam adalah ketara sebab terdapat orang India Muslim yang menyembah orang soleh dan tempat pengkebumian (seperti Shaikh Chisti dan Bairom Nath) yang bertentangan dengan monoteisme Islam. Amalan penyembahan patung- patung seperti yang terlihat pada orang Chaurishara di Uttar Pradesh yang menyembah Kalka Sahja Mai; Meo dari Punjab menyembahkan dewa-dewa seperti Siansi, Magti dan Lachi; Turk Nawa dari Bengal menyembah Lakshmi; orang Muslim Bengal menyembah Sitata, Kali dan Dharmaraj; orang Shin menyembah lembu dan orang Momin dari Kutch menyembah triniti Hindu. Tetapi masyarakat Muslim termasuk pemerintah dan ulama menerima amalan- amalan ini dan tidak menyuarakan bantahan terhadapnya.

Dalam sistem pemikiran falsafah Hindu terdapat enam aliran iaitu Sankhya, Yoga, Nyaya, Vaisesika, Mimamsa dan Vedanta. Sankhya membincangkan 25 tattva atau prinsip yang menyumbang kepada penciptaan manakala Yoga menekankan kawalan badan dan pancaindera sebagai cara mencapai pengetahuan benar tentang Realiti Agung. Nyaya berdasarkan kepada logik jadi penekanan terhadap pemikiran yang jelas dan logik adalah cara mencapai kegembiraan teragung. Vaisesika menyatakan tentang penciptaan duniawi dari atom dan pelepasan dari kehidupan duniawi bergantung kepada kebolehan mengidentifikasikan elemen-elemen atomik duniawi. Kuasa dan undang-undang dalam kitab Veda dibincangkan oleh Mimamsa manakala Vedanta mencadangkan kewujudan Roh Mutlak dalam semua benda, dan tujuan kehidupan ialah mencapai penyatuan roh individu dengan roh duniawi. Tentang hubungan roh individu dan Tuhan terdapat sekurang-kurangnya tujuh interpretasi seperti dvaita (dualisme), advaita (tanpa dualisme), suddhadvaira (tanpa dualisme secara mutlak), visistadvaita (tanpa dualisme dengan syarat) dan sebagainya.

Kesemua aliran falsafah ini wujud pada masa yang sama dan mewakili pandangan berbeza dan menerangkan kewujudan realiti dari sudut pandangan tertentu. Pandangan berbeza tidak sehingga menyingkirkan sesuatu pandangan lain untuk memahami kebenaran. Pandangan berbeza sebenarnya digalakkan


oleh keinginan untuk menerangkan mengenai kebenaran dari sesuatu sudut pandangan. Bahawa terdapat pandangan yang berbeza atau bertentangan antara satu sama lain yang terus wujud dan berkembang menunjukkan kebolehan dan kesudian orang India menerima pandangan yang bertentangan mengenai sesuatu perkara, biar dalam aspek sosial mahupun dalam aspek agama atau falsafah.

Pemikiran falsafah Hindu wujud dalam suasana budaya yang sama dengan Buddhisme danJainisme yang menekankan falsafah heterodoks dan ateistik. Kedua-dua agama ini bukan sahaja mengelakkan perbincangan tentang Tuhan tetapi juga menafikan realiti dunia fenomena. Doktrin maya atau illusi tentang duniawi didokumentasikan dalam aliran Yogacara dan Madhyamika mazhab Buddhisme Mahayana dan juga dalam mazhab Buddhisme Hinayana yang awal. Tambahan pula Buddha sendiri telah menolak Hinduisme, kasta dan kedudukan orang Brahmin tetapi orang India sudi menerima agama Buddha dan rarnai yang telah memeluknya. Semangat dan minda orang India tidak mengasingkan perbezaan dan kontradiksi kerana mereka percaya bahawa sesuatu pandangan itu mungkin benar di sesuatu peringkat dan mungkin betui tentang sesuatu aspek realiti.

Penerimaan unsur-unsur perbezaan dalam aspek agama membawa kesan positif bagi masyarakat India yang tidak mengalami sebarang pergolakan agama dalam sejarahnya. Tetapi sifat penerimaan yang terlihat dalam kehidupan sosial membawa kesan negatif terhadap seseorang individu dan sesuatu kumpulan yang menjadi mangsa diskrimmasi dan penghinaan. Terdapat sebilangan manusia yang dianggap sebagai orang yang tidak boleh disentuh dan didekati, diasingkan dan dikehendaki tinggal dikawasan terpencil, didiskriminasikan dan dieksploitasi. Masyarakat India tidak mempedulikan ketidakseimbangan dan ketidakadilan yang berlaku di hadapan mereka walaupun tradisi bhakti menekankan persamaan manusia di sisi Tuhan. Ada yang cuba menggunakan konsep karma yang menyatakan bahawa kelahiran seseorang ditentukan oleh perbuatannya dalam kehidupan lalu iaitu sebelum kehidupan ini. Ini merupakan usaha golongan yang menikmati kehidupan yang baik menjustifikasikan kedudukan mereka. Kaum wanita juga tidak dikecualikan daripada penghinaan, diskriminasi dan layanan yang berbeza. Perkahwinan awal, amalan hipergami, pemberian dowri dan larangan terhadap perkahwinan semula balu menyebabkan kemunculan balu- balu muda. Prasangka dan diskriminasi terhadap balu begitu negatif sehingga mereka sanggup melakukan sati (membakar diri) bersama mayat suami mereka daripada hidup sebagai seorang balu. Memang tidak berlaku pergolakan sosial dalam masyarakat kerana perasaan batin ahli-ahli keluarga dan masyarakat tidak dibangkitkan dan mereka menerima adat-adat ini sebagai desachara (adat sesuatu kawasan).

Dalam aspek politik terdapat konsep rajadharma atau tugas-tugas yang diwajibkan bagi seorang pemerintah atau kerajaan. Bahawa terdapat tugas dan tanggungjawab pemerintah bererti golongan yang diperintah mempunyai hak-


hak tertentu untuk menuntut perhatian kerajaan. Rakyat yang setia dan membayar cukai mempunyai hak untuk menggantikan pemerintah atau kerajaan yang kejam atau tidak cekap. Jadi tekanan terhadap obligasi atau tanggungjawab antara satu sama lain penting dalam hubungan antara kerajaan dan rakyat. Kita dapat melihat dalam sejarah India, bukan sahaja pemerintahan (seperti Chandragupta Maurya, Asoka Harsha, Alauddin Hussein Shah, Sultan Zainal Abidin dan Akbar) yang selaras dengan konsep rajadharma tetapi terdapat juga pemerintah-pemerintah yang bersifat autokrat, mengganggu hak dan kebebasan rakyat, menyalahgunakan kuasa dan tidak berperikemanusiaan.

Pada zaman pemerintahan Aurangzeb, Islam dijadikan agama rasmi negara. Pegawai-pegawai beragama Hindu disingkirkan dari perkhidmatan kerajaan, cukai jizayah ke atas bukan Muslim dikuatkuasakan, baginda tidak ingin menaungi sent dan agama rakyat bukan Muslim, dan kuil-kuil Hindu dimusnahkan. Rakyat India menerima pelanggaran norma oleh pemerintah dengan falsafah bahawa penyelewengan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Jadi sifat penerimaan yang menjadi asas pandangan semesta India mempengaruhi pemikiran orang India sehinggalah mereka menerima idea, pandangan, amalan dan kehidupan yang berbeza dan kadang-kadang bertentangan.

16.2.2 Sifat Toleransi

Pandangan semesta organik ini mengalami perubahan selepas kedatangan kuasa British ke India. Dasar memperkenalkan pendidikan Inggeris dan usaha-usaha yang dijalankan oleh mubaligh Kristian telah mempengaruhi pemikiran dan perasaan orang India. Mereka mulai menyedari beberapa kelemahan dalam masyarakat terutama dalam aspek sosial dan agama lalu mengambil tindakan untuk memperbaharui masyarakat. Mereka melihat masyarakat secara kritis dan dari sudut pandangan rasional dan apa-apa saja yang difikir tidak selaras dengan unsur rasional dan saintifik ditentang. Masyarakat India beransur-ansur menerima pandangan semesta atomistik yang mementingkan persamaan, persetujuan dan keharmonian.

Mengikut pandangan semesta ini bagi dua benda untuk wujud bersama mereka tidak boleh mempunyai unsur-unsur berkontradiksi. Ketidaksamaan dan perbezaan akan menyebabkan mereka percaya India akan menyaksikan perubahan-perubahan sosial dan agama, usaha untuk menentang pihak British, perjuangan untuk menuntut kemerdekaan, rusuhan antara orang Hindu dengan Muslim, tuntutan untuk negara berasingan bagi orang Muslim, tuntutan oleh kasta-kasta bawahan untuk memperbaiki kehidupan dan kedudukan mereka, usaha-usaha perubahan terhadap kedudukan kaum wanita dan lain-lain lagi. Ini bermakna, ciri-ciri masyarakat yang wujud sejak zaman purba dan zaman pertengahan, dan yang telah diterima, sekarang dipersoalkan dan ditentang.


Tamadun India mempunyai atau memiliki mekanisme yang dapat menguruskan pemikiran dan tindakan rakyatnya, supaya dapat mengharmoniskan tendensi berkonflik yang muncul dalam masyarakat bersifat majmuk, dan juga hubungan antara individu terpaksa menghadapi pandangan semesta yang bertentangan. Konsep atau prinsip perpaduan dalam kepelbagaian mula diancam dan India menghadapi pelbagai tuntutan, termasuk tuntutan untuk memisahkan negara.

Kedatangan British dan tindakan memperkenalkan pendidikan Inggeris di India telah menyebarkan idea-idea seperti kebebasan, persamaan, kesetiaan, keadilan, rasionaliti, kebenaran dan kesedaran batin. Peranan mubaligh- mubaligh Kristian juga menunjukkan kepentingan nilai-nilai ini. Oleh yang demikian sikap, perspektif, kepercayaan dan pemikiran orang India melalui perubahan utama dan mempengaruhi pandangan semesta yang dipegang selama itu. Pandangan semesta baru mula muncul dalam minda orang India.

Mengikut pandangan semesta ini semua benda mempunyai unsur-unsur semulajadi yang unik dan berbeza. la menekankan bahawa terdapat perbezaan mutlak antara benda-benda yang boleh wujud secara berasingan atau mengadakan hubungan dengan benda-benda lain. Ada kemungkinan benda-benda ini boleh wujud bersama sekiranya tidak ada konflik atau pertentangan antara mereka. Jadi perpaduan dilihat dalam bentuk sistem yang seimbang, tetap dan tekun. iaitu benda-benda yang menjadi sebahagian susunan atau sebahagian dari perpaduan tidak boleh menunjukkan konflik dan kontradiksi antara mereka. Benda-benda yang menunjukkan konflik dan pertentangan tidak boleh wujud bersama.

Dipengaruhi oleh pandangan semesta baru ini masyarakat India mula melihat perbezaan agama, kasta, kawasan dan jantina sebagai unsur-unsur tidak sesuai dan tidak selari dengan idea-idea keadilan dan persamaan. Mereka melihat masyarakat India secara kritis dan melihat ketidaktetapan, kontradiksi dan konflik dalam semua aspek masyarakat sebagai sesuatu yang harus dipersoalkan dan diubahkan. Misalnya, perbezaan kasta dan ketidaksamaan menjadi sasaran pembaharu-pembaharu sosial dari Raja Ram Mohan Roy sehingga ke Gandhi, Ambedkar dan Naicker. Adat-adat sosial yang melibatkan kaum wanita seperti kahwin awal, perkahwman semula balu, pendidikan wanita, pembunuhan bayi perempuan dan upacara sati menyentuh kesedaran batin perubahan-perubahan di India seperti Ram Mohan Roy, Ishwar Chandra Vidyanagar dan B. M. Malabari. Swami Vivekananda mengingatkan orang India bahawa penerimaan secara buta adat-adat menyebabkan kemerosotan sosial dan budaya dalam masyarakat India. Di kalangan orang Muslim terdapat Syed Ahmad Khan, Syed Ameer Alt dan Bahruddin Tyabji yang memulakan pembaharuan sosial dan budaya supaya mereka menjadi lebih progresif.

Perkembangan sifat menghormati diri dan berkeyakinan diri menggalakkan orang India supaya memperjuangkan kemerdekaan daripada


cengkaman kuasa imperialis. Ini menunjukkan bahawa orang India tidak lagi dapat menerima penjajahan negara mereka oleh kuasa imperialis asing. Dalam kehidupan sosial dan budaya, segala kontradiksi, konflik, perbezaan dan ketidaksesuaian tidak lagi diterima tetapi hanya ditoleransikan. Sifat toleransi menjadi intipati pandangan semesta orang India, biar orang Hindu mahupun orang Muslim. Dalam hubungan antara kaum masyarakat India menyaksikan perselisihan faham antara Hindu dengan Muslim. Perbezaan dan konflik meluaskan jurang hubungan antara kedua-dua kumpulan ini sehingga tuntutan dibuat untuk mewujudkan negara Pakistan. Kasta-kasta rendah yang telah menerima kedudukan mereka sehingga kurun ke-19 mula menuntut hak dan kedudukan mereka yang sah dalam masyarakat. Kaum wanita juga berjuang untuk kebebasan dan persamaan. Sebahagian besar dari kaum wanita dan kasta rendah yang tidak dapat menentang kedudukan mereka kerana tidak ada kuasa untuk melancarkan perjuangan hanya mentoleransikan kedudukan mereka.

Kumpulan-kumpulan bahasa yang tinggal di merata-rata tempat di India juga menuntut kerajaan India mewujudkan negeri-negeri berdasarkan bahasa selepas kemerdekaan. Kesan daripada permintaan ini pembentukkan negeri- negeri seperti Andhra Pradesh (bahasa Telegu), Tamil Nadu (bahasa Tamil), Orissa (bahasa Oriya), Karnataka (bahasa Kannada), Gujarat (bahasa Gujerati), Punjab (bahasa Punjabi), Bihar (bahasa Bihari), Kerala (bahasa Malayalam) dan lain-lain berlaku mulai tahun-tahun 1950-an.

Pandangan semesta baru yang menekankan perbezaan dan hak-hak individu member! galakan bagi sikap kritis terhadap realiti sosial. la berkait rapat dengan tujuan sesuatu benda, dan sesuatu benda dianggap baik atau buruk. Baik sekiranya ia memenuhi tujuan seseorang individu atau individu-individu, atau buruk sekiranya ia menghalang tujuan. Jadi keperluan menyingkirkan kejahatan yang wujud dalam bentuk kontradiksi, konflik dan perbezaan tidak dapat dielakkan. Masyarakat India kontemporari menghadapi banyak masalah berkaitan dengan kasta, kaum, dan agama kerana pandangan semesta atomistik ini yang menekankan peri pentingnya sifat keindividuan dan toleransi, bukan sifat berkumpulan dan penerimaan.

16.2.3 Relevansi kepada Malaysia

Malaysia dan India mempunyai banyak persamaan bukan sahaja dalam unsur kepelbagaian kaum, budaya dan agama tetapi juga dalam pandangan semesta. Sehingga akhir 1960-an, masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India memegang pandangan semesta organik, dan menerima segala unsur masyarakat sama ada yang serupa atau berbeza. Dari segi demografi, kaum-kaum ini mendiami kawasan-kawasan yang berbeza sama ada menetap di perkampungan, perladangan (estet) dan bandar, dan kaum-kaum ini kurang berinteraksi. Mereka yang menetap di bandar menyaksikan pertemuan dan pertembungan pelbagai budaya dan tradisi. Perbezaan diterima sebagai


suatu realiti sosial. Kebolehan pandangan ini untuk menerima elemen-elemen berbeza dan berkonflik dalam satu sistem memberi satu wawasan luas dan kuasa untuk berasimilasi dan bertoleransi. Terdapat perpaduan antara kaum etnik dan interaksi antara kaum berlangsung dengan penuh tanggungjawab (komitmen), persaudaraan, hormat-menghormati dan persefahaman.

Tahun-tahun pasca 1970 di Malaysia, menyaksikan kemunculan pandangan semesta atomistik iaitu perbezaan dikenali dan diakui dan masyarakat dipandang dari perspektif kritis. Unsur-unsur kontradiksi antara komuniti diberi perhatian, dengan budaya, bahasa, agama dan kedudukan sosioekonomi menjadi isu-isu dalam perubahan.

Pemikiran rasional, salah satu aspek pandangan semesta atomistik, memerlukan kerajaan sebagai pelindung (penaung) kepada rakyatnya memahami keadaan dan kedudukan sosial dan ekonomi yang berbeza dan mengambil tindakan mengatasi perbezaan ini. Ketidakseimbangan dari segi sosio-ekonomi telah menyebabkan kerajaan memperkenalkan dasar-dasar untuk membaiki dan meningkatkan kedudukan kaum Melayu, sebagai kaum teras di negara ini. Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan dengan matlamat untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum dalam kedudukan sosio-ekonomi. DEB (1970-1990) diterima oleh kaum-kaum bukan Melayu kerana walaupun tumpuan utama diberikan kepada kaum Melayu dan bumiputera lain tetapi, kaum-kaum lain turut dilibatkan tanpa pengecualian. Ini kerana program membantu kaum Melayu dianggap sementara iaitu sehingga mereka mencapai kedudukan sosioekonomi yang lebih kurang sama dengan kaum-kaum lain di negara ini.

Tindakan melanjutkan dasar-dasar yang menyebelahl sesuatu kaum atau memberikan keutamaan kepada sesuatu kaum menyebabkan kemunculan kontradiksi baru. Wujud keadaan kaum Melayu akan menjadi sangat bergantung kepada kerajaan sehingga tidak boleh mencapai mobiliti sosioekonomi dengan usaha sendiri dan tidak mampu untuk bersaing secara terbuka dengan orang bukan Melayu. Tambahan pula kaum bukan Melayu mulai mencurigai keinginan kerajaan untuk menamatkan dasar-dasar ini. Terdapat sebilangan besar individu dalam kaum Melayu yang telah mencapai taraf sosioekonomi yang tinggi tetapi masih menikmati kemudahan-kemudahan yang diberi melalui dasar-dasar ini. Kontradiksi seperti ini akan mewujudkan ketidaktentuan psikik di kalangan kaum- kaum lain yang tidak bersesuaian bagi hubungan antara kaum dan integrasi nasional.

Dalam analisis terhadap tamadun India terdapat kemunculan tiga prinsip asas yang penting bagi masyarakat pelbagai kaum dan budaya. Pandangan semesta organik membenarkan penerimaan penuh kepelbagaian, perbezaan dan kontradiksi tetapi pandangan semesta atomistik mengajar orang-orang India mentoleransikan kepelbagaian dan perbezaan dan menolak kontradiksi. Jadi di India moden terdapat penerimaan toleransi dan penoiaksn penerimaan. Di Malaysia juga terdapat penerimaan kepelbagaian dan perbezaan pada sebelum tahun 1970


tetapi ia berubah menjadi toleransi kepelbagaian dan perbezaan dan penolakan kontradiksi secara pilihan pada zaman berikut. Di sini juga kita menyaksikan penolakan 'penerimaan'.

Toleransi biasanya menandakan unsur-unsur negatif iaitu sesuatu atau seseorang tidak diterima atau disambut tetapi bertolak ansur kerana keadaan mendesak yang tidak boleh diubah. Sifat toleransi dalam masyarakat majmuk membawa kesan negatif. Apa yang perlu bagi integrasi nasional dan hubungan antara kaum ialah penerimaan secara penuh segala perbezaan dan kepelbagaian dan penolakan penuh segala kontradiksi tidak kira kaum, agama atau status sosial yang lain. Barulah satu aturan sosial yang stabil akan muncul dengan nilai-nilai individu, kumpulan, masyarakat dan nasional seperti persamaan, kerjasamapersetujuan, pencapaian, perpaduan, integrasi dan kesetiaan.

16.2 NILAI-NILAI

Tamadun India menekankan beberapa nilai yang penting untuk membentuk individu, memupuk semangat persaudaraan, menggalakkan sifat bertanggungjawab dan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Antara nilai dan kepercayaan yang menyumbangkan kepada unsur-unsur tersebut ialah Dharma, kepercayaan kepada Tuhan, Karma, Ahimsa, Satya, dan Perpaduan.

16.2.1 Dharma

Tradisi Hindu memperkenalkan konsep dharma untuk menandakan sifat benar individu dan masyarakat iaitu dharma berfungsi sebagai konsep semula jadi atau deskriptif (sebagaimana sesuatu itu wujud atau berlaku). Jadi dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh siapa. Dharma individu memerlukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan.

Semua fungsi dalam masyarakat adalah penting bagi sesuatu aturan. Amalan mempertingkatkan fungsi adalah percubaan untuk mengedarkan sumber kuasa iaitu yang mempunyai status tertinggi tidak mempunyai kuasa politik atau ekonomi, mereka yang mempunyai kuasa politik tidak menguasai sumber kekayaan dan mereka yang menguasai kekayaan tidak mempunyai kuasa politik atau kedudukan tertinggi. Dalam susunan seperti ini fungsi agama, pengajaran, usaha untuk kesucian moral dan kerohanian diberi nilai tinggi dalam masyarakat, diikuti pula oleh fungsi politik dan ketenteraan, kemudian fungsi ekonomi dan kerja buruh. Aturan seperti ini mengesahkan kewujudan sistem Varna dalam masyarakat.

Dharma khas bagi individu atau svadharma yang ditentukan mengikut kedudukan (varna) dan peringkat dalam kehidupan (asrama) harus dilakukan


walaupun ia tidak sempurna. Misalnya, seseorang Brahmin yang berada dalam peringkat brahmacarya diwajibkan menumpukan perhatian kepada pelajaran dan seorang Kshatriya dalam peringkat kedua atau grhastya dikehendaki menceburkan diri dalam pemerintahan atau ketenteraan.

Visesa dharma merujuk kepada dharma yang dikaitkan dengan sesuatu kumpulan seperti vamadharma (bagi vama),jatidharma (bagi jan), rajadharma (bagi raja-raja) dan stridharma (bagi isteri). Misalnya, rajadharma meliputi tugas dan tanggungjawab yang diwajibkan bagi seorang pemerintah. Kuasa yang dipegang oleh seorang raja dikaitkan dengan kedudukannya dalam masyarakat bukan sebagai seorang individu berasingan atau sebagai wakil rakyat tetapi tugasnya adalah melindungi undang-undang sosial. Rakyat mempunyai kuasa untuk menggantikan raja yang menyeleweng dalam tugasnya iaitu mengambil cukai tetapi tidak melindungi mereka. Tugas utama raja ialah memerintah demi kebahagiaan rakyat dan rajadharma memerlukan seorang pemerintah menganggap kebahagiaan rakyat sebagai kebahagiaannya dan kebajikan rakyat sebagai tugas utamanya.

Sadharna dharma menekankan sifat-sifat am seperti kebenaran, kesabaran, memaafkan, kawalan minda, tidak mencuri, kebersihan, tidak melakukan kekejaman, kawalan deria, pengetahuan, ikhlas dan tidak marah, yang perlu ada bagi semua manusia.

Maka itu, dharma yang dikaitkan dengan tugas. Tanggung jawab dan aturan member! makna kepada kehidupan manusia iaitu member! individu identiti dan makna kepada peranannya dalam kehidupan keseluruhan. Manusia tidak mempunyai pilihan bahkan tugas-tugas spesitik dan jaminan bahawa perlakuannya memberi kesan kosrruk dan akhirnya akan membantu dalam usaha untuk melepaskan diri daripada kehidupan duniawi.

16.2.2 Kepercayaan kepada Tuhan

Kepercayaan kepada satu entiti yang melampaui batasan pemikiran dan kesedaran manusia merupakan asas sistem pemikiran agama orang-orang Hindu. Dalam tamadun India kita dapat lihat setakat manakah konsep ketuhanan itu penting dengan merujuk kepada tradisi falsafah mereka sejak Zaman Vedik.

Dalam karya-karya Upanishad konsep ketuhanan telah dipelopori secara mendalam dan dikenali sebagai Brahman. Brahman mempunyai dua aspek iaitu saguna (mempunyai sifat) dan nirguna (tanpa aspek). Dalam aspek saguna, Brahman adalah ketua bagi semua, mengetahui segala-galanya dan pemerintah bagi pemikiran dalaman. Dialah yang menyebabkan semua, daripadanya segala- galanya berhasil dan kepadanya sahaja segala-galanya bersatu. Brahman adalah pemerintah alam semesta, Dialah yang mencipta, memelihara dan akhirnya memusnahkannya. Dialah yang mengarahkan takdir bagi semua makhluk dan yang tinggal di dalamnya. Dia menganugerahkan kebahagiaan berdasarkan pahala dan memimpin mereka ke arah kesejahteraan dan kebebasan, sebaliknya


menghukum merekayangjahat. Dia digelar sebagai Isvara dan badannya adalah jumlah campuran badan di alam semesta.

Dalam aspek nirguna Dia tiada sifat-sifatnya. Kewujudannya mutlak, pengetahuannya mutlak dan kebahagiaannya mutlak tetapi kesemua ini tidak merupakan sifat-sifatnya. Dialah yang menerangkan kesemua dan nirguna Brahman hanya dapat diterangkan dalam bentuk penyangkalan seperti tidak panjang dan tidak pendek, tidak terbayang atau gelap, tiada rasa atau berbau dan sebagainya.

Dalam konteks menerangkan Brahman pemikir-pemikir Vedik telah membincangkan roh individu sitau. Atman. Atman digambarkan sebagai entiti yang bersemadi dalam badan manusia tetapi pada dasarnya adalah sama dengan Brahman. Roh individu digunakan untuk menerangkan Brahman yang juga dikenali sebagai Paratman (roh duniawi). Atman yang sebenarnya berasal dari Brahman menjadi berbeza kerana diselubungi oleh badan dan sehingga sifat keindividuan itu keksA Atman tidak dapat melepaskan diri dari duniawi dan bersatu dengan Brahman. Atman haruslah menyingkirkan segala karma atau hasil perbuatan untuk mencapal Brahman. Upanishad-upanishad telah menggunakan beberapa tamsil dan ibarat seperti garam yang dicampurkan dengan air setiap titik air itu bergaram, bunga api dan apt, besi dan gunting, tanah liat dan periuk belanga, emas dan rantai dan lain-lain untuk menerangkan sifat-sifat persamaan antara Brahman dan Atman.

Pemikiran agama dan falsafah yang muncul kemudiannya masih berasaskan kepada ajaran Upanishad. Dalam usaha untuk menerangkan hubungan Atman dan Brahman pendapat mereka berbeza iaitu ada aliran pemikiran yang menekankan sifat perbezaan antara roh individu dan roh duniawi, ada yang membincangkan hubungan bersyarat, ada yang menekankan bahawa tidak ada keduaan dan lain-lain tetapi semua aliran-aliran ini menerima konsep ketuhanan.

Pemikiran falsafah India menyarankan setiap orang menyedari warisan kedewaan mereka dan menerusi ini, mereka akan menyedari tentang tiadanya pembatasan dari segi geografi, bangsa dan agama. Ini menjadi faktor utama untuk menyatupadukan umat manusia di dunia ini. la memecahkan segala bentuk perbezaan yang membelenggui kita dan meningkatkan umat manusia kepada status yang sebenar sebagai anak-anak kekal abadi. la merupakan penjelasan kepada persoalan mengapa kita hams buat baik kepada orang lain? Kita harus berbuat baik kepada orang lain kerana kita kesemuanya ini adalah satu dan dengan menolong orang lain bermakna kita menolong diri kita sendiri. Sebaliknya, dengan menyakiti orang lain kita tidak mencederakan sesiapa tetapi sebenarnya mencederakan diri kita sendiri.


16.2.3 Karma

Prinsip karma yang merujuk kepada jumlah perbuatan, ucapan, pemikiran dan tindakan seseorang dalam kehidupan ini akan menentukan kedudukannya dalam kelahiran semula. Perbuatan yang baik membantu seseorang individu mengumpulkan punya karma dan perbuatan sebaliknya menyebabkan pengumpul&npava karma. Kepercayaan bahawa seseorang yang mempunyai banyak pava karma akan lahir semula dalam keadaan di mana beliau terpaksa menghadapi penderitaan meyakinkannya supaya tidak membuat sesuatu yang tidak baik. Jadi ini menggalakkan setiap manusia berbuat baik kepada semua makhluk di dunia ini supaya menentukan bahawa dalam kelahiran semula kehidupannya adalah selesa. Membantu orang lain, menderma kepada golongan miskin, mengeluarkan kata-kata yang tidak melukakan hati orang lain, memikirkan tentang perkara-perkarayang baik dan sentiasa berbakti kepada Tuhan ialah unsur-unsur cara hidup yang disyorkan bagi seseorang yang menuju kepunya karma.

Agama-agama Budhisme dan Jainisme yang dianggap heterodoks kerana tidak menerima Veda sebagai autoriti dan tidak mementingkan konsep ketuhanan dalam ajaran-ajaran mereka telah menerima prinsip karma dengan makna yang sama. Prinsip ini menjadi asas pengajaran kepada kedua-dua agama ini, misalnya Buddha yang melihat sifat keinginan sebagai sumber penderitaan manusia mencadangkan lapan cara yang mulia seperti perbuatan yang baik, pengetahuan yang baik, pemikiran yang baik, renungan yang baik, ucapan yang baik dan sebagainya dan semua ini merangkumi prinsip karma.

Ajaran Bhagavadgita menekankan nishkama karma atau membuat kerja tanpa menginginkan hasil dari kerja itu. Mengesyorkan karma yoga sebagai salah satu cara untuk mencapai pelepasan dari kehidupan duniawi, seorang penganut haruslah menjalankan kerja dengan sempurna sebagai instrumen Tuhan tanpa mengharapkanapajuapunbalasan. Agama Sikhisme yang merupakan agama yang menggabungkan unsur-unsur Hinduisme dan Islam juga menerima prinsip karma dalam ajarannya.

Jadi karma adalah prinsip asas bagi semua aliran pemikiran falsafah dan agama di India biar yang berpandangan ortodoks mahupun yang memilih pandangan hetorodoks.

16.2.4 Ahimsa

Ahimsa yang bermaksud tidak melakukan kekejaman, merupakan satu lagi prinsip asas yang dtekankan oleh ajaran Upanishad, Buddhisme dan Jainisme. Ditegaskan oleh pemikiran falsafah India bahawa orang yang mencari kebenaran mesti mempunyai kuasa untuk mengawal emosi-emosi dan keinginan, beransur- ansur melepaskan diri dari ikatan kepada badan. Tindakan melakukan kekejaman bukan sahaja melibatkan manusia tetapi juga makhluk-makhluk lain. Oleh yang


demikian, amalan tidak memakan daging menjadi satu unsur penting dalam budaya India sejak zaman purba.

Agama Buddhisme menganggap ahimsa sebagai prinsip terpenting dalam ajarannya. Di dalam semua benda yang bernyawa wujudnya roh dan perbuatan membunuh benda itu bererti mengganggu roh yang bersemadi dalam badan itu. Ini dianggap sebagai perbuatan dosa yang menyebabkan pengumpulan pava karma yang menjauh individu dari mencapai nirvana atau pelepasan.

Bagi Mahatma Gandhi, kuasa ahimsa merupakan instrumen untuk mengubah individu-individu supaya menentang ketidakadilan sosial, berjuang untuk kebebasan politik dan mengekalkan undang-undang dan peraturan. Menggunakan kekejaman untuk mengatasi lawannya hanyalah sekadar mencapai kemenangan pada zahir sahaja. Pada hakikatnya, ianya kalah dalam perlawanan kerana perkembangan rohani terhenti dan pencarian kebenaran menjadi sukar. Sebenarnya, pihak lawan merupakan kuasa-kuasa kekejaman yang wujud dalam diri manusia. Menurut Mahatma Gandhi, beliau mengesyorkan melayan musuh luar dengan kasih sayang dan simpati kerana mereka merupakan mangsa kuasa- kuasa jahat. Seseorang haruslah melawan dan menguasai musuh dalaman seperti hawa nafsu dan emosi-emosi supaya dapat mencapai ketenangan dan jelas untuk memahami kebenaran.

Jadi dalam prinsip ahimsa terdapat unsur-unsur positif seperti kasih sayang, simpati, betas kasihan, murah hati, jasa dan pengorbanan diri. Sifat- sifat ini haruslah diperkukuh supaya mengelakkan diri daripada melakukan kekejaman atau melukakan hati orang lain.

16.2.5 Satya

Undang-undang kehidupan yang kekal abadi, tidak berubah, mentadbir duniawi dan terdapat dalam sifat semulajadi manusia ialah kebenaran atau satya. Dipercayai bahawa wujudnya suatu kuasa di peringkat duniawi dan kewujudannya dirasai oleh manusia, dan dianggap sebagai kuasa kebaikan iaitu satya. Jadi satya bererti pengetahuan benar yang merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan yang benar, ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan.

Satya juga digunakan bagi cara dan tujuan kerana kedua-dua ini dianggap sama. Tuhan merupakan objek pencarian dan seseorang yang mengamalkan ucapan, pemikiran dan tindakan yang benar akan mencapainya. Kesucian merupakan cara yang amat penting dalam mencapai sesuatu tujuan. Ini kerana tujuan merupakan tahap akhir dalam siri tindakan, dan setiap tindakan yang diambil terhadap tujuan adalah merupakan pencapaian separuh tujuan itu. Ini bermakna tujuan dan cara mempunyai sifat semulajadi yang sama.

Doktrin karma yoga iaitu bertindak tanpa mengharapkan hasil daripadanya merupakan salah satu ajaran penting dalam falsafah India dan adalah sama dengan satya. Tindakan yang benar/baik dianggap sebagai


pencapaian separuh kebenaran (yang merupakan tujuan dasar manusia), tidak memerlukan kita bimbang terhadap hasil tindakan. la bersabit dengan seseorang yang mempunyai tujuan yang mulia dan cara bertindak yang dianggap benar.

Dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, Mahatma Gandhi telah menggunakan satya sebagai senjata sosial dan politik. Di samping mengumumkan tindakan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British beliau juga sanggup mengorbankan diri demi mencapai tujuan perjuangan. Beliau menyeksa dirinya dengan mengamalkan tindakan berpuasa sehingga man dengan harapan penderitaannya akan menyentuh perasaan dalaman pihak pemerintah dan juga pihak yang saling bermusuhan iaitu Hindu dan Muslim. Kesemuanya ini dilakukan demi untuk mengekalkan prinsip satya.

16.2.6 Perpaduan

Negara India mengandungi masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama, dan adalah penting kepada kerajaan untuk menggalakkan hubungan erat dan keharmonian masyarakat. Sejarah India menggambarkan pemerintah-pemerintah mengeratkan hubungan antara Hindu dan MusSim dan pemerintah-pemerintah yang melakukan sebaliknya.

Kerajaan-kerajaan Muslim di India, pada zaman pemerintahan Turko- Afghan yang mendirikan kesultanan Delhi mahupun pada pemerintahan Mughal, pegawai-pegawai yang dilantik adalah berdasarkan kebolehan dan bukan berdasarkan agama saereka. Pelantikan seperti ini membantu pentadbir mewujudkan hdbungan erat dengan masyarakat Hindu. Alauddin Hussain Shah (1493-1513) menjadi terkenal di kawasan Bengal bukan sahaja kerana melantik orang Hindu dalam kerajaan tetapi juga kerana naungannya terhadap bahasa dan kesusasteraan Hindu. Atas arahan baginda, kitab Bhagavadgita dan Mahabharata diterjemahkan dari bahasa Sanskrit ke bahasa Bengali. Pemerintah Kashmir, Sultan Zainal Abidin dihormati kerana tidak mempunyai prasangka agama dan tidak bersikap diskriminasi antara masyarakat Hindu dan Muslim. Buku-buku Sanskrit diterjemahkan ke dalam bahasa Persia supava orang Muslim dapat membaca, memahami agama Hindu dan budaya Hindu purba. Sultan merupakan penaung kepada keseniaan dan kesusasteraan Hindu.

Pemerintahan Akbar memberikan gambaran dan teladan mengenai apa yang hams dilakukan oleh sesuatu kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat. Baginda sedar kepentingan kerajaan sebagai asas kehidupan berkolektif dan bukannya kepentingan agama. Maka itu, baginda bertindak mengasingkan diri dari tradisi yang menerima sistem Khalifah Arab sebagai kuasa atau ketua kerajaan Muslim. Akbar menekankan konsep kerajaan sekular dan tanpa unsur perkauman. Sebaik sahaja Akbar menerajui takhta kerajaan baginda membatalkan cukaijizayah yang dikenakan ke atas rakyat bukan beragama Islam. Antara tindakan-tindakan lain yang menunjukkan kejujurannya menyatupadukan


rakyatnya dan mengakui kebebasan individu ialah mengharamkan institusi perhambaan serta menggalakkan sifat persamaan rakyat disisi undang-undang tidak kira kedudukan kelas, kasta atau agama. Semua perkhidmatan kerajaan, sivil dan ketenteraan, dibuka untuk Hindu dan Muslim. Kahwin campur antara ahli-ahli keluarga diraja Mughal dan putera-puteri Rajput digalakkan sebagai cara mewujudkan semangat persaudaraan antara Hindu dengan Muslim.

Melaluinya juga, sumbangan dan bantuan diberikan kepada masyarakat Hindu, sadhu-sadhu dan pundit-pundit Hindu dan disokong oleh kerajaan seperti ulama-ulama Muslim. Geran-geran kewangan diberikan kepada mandir sebagaimana peruntukan diberi kepada institusi masjid. Tindakan juga diambil terhadap sati, iaitu suatu tradisi si balu [wanita] akan membakar dirinya bersama mayat mendiang suaminya, walaupun ia melibatkan adat Hindu atas alasan ia tindakan tidak berperikemanusiaan.

Akbar sedar kepentingan untuk mewujudkan suatu budaya am dan dalam hal ini, baginda cuba menggalakkan penggunaan satu bahasa am. Bahasa Urdu merupakan bahasa yang digunakan oleh orang-orang Muslim dan bahasa Hindi oleh orang-orang Hindi, tetapi asas kedua-dua bahasa ini ialah bahasa Persia. Maka itu keutamaan diberikan kepada bahasa Persia bukan sahaja sebagai bahasa rasmi tetapi juga sebagai bahasa pertuturan. Arahan diberi oleh kerajaan supaya semua akaun rasmi disimpan dalam bahasa ini dan semua komunikasi haruslah dijalankan melalui bahasa Persia. Buat kali pertamanya di India, kerajaan membina banyak sekolah dengan pelajar-pelajar Muslim dan Hindu diajar melalui bahasa Persia. Tindakan ini boleh disamakan dengan usaha Maharaja Cina Shih Huang Ti dalam kurun sebelum masehi yang memperkenalkan bahasa Mandarin sebagai bahasa am.

Idea satu budaya am menggalakkannya memperkenalkan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah sekular. Sukatan pelajaran am mengandungi kesusasteraan Persia, etika, matematik, pertanian, geometri, astrologi, ekonomi, senipolitik, perubatan, logik, fizik, sejarah, ilmu menyimpan akaun dan kerja pejabat. Dasar menekankan sukatan pelajaran sekular adalah untuk mewujudkan suasana yang menggalakkan perpaduan nasional. Dasar pendidikan ini menggalakkan persefahaman budaya sehingga terdapat masyarakat Islam dan Hindu yang mula menulis dan menterjemahkan Atharva Veda dan Ramayana ke dalam bahasa Persia. Misalnya, Mulla Abdu Qadir Badaoni bekerjasama dengan seorang pundit Hindu menterjemahkan kitab Atharva Veda dan Ramayana ke dalam bahasa Persia. Penyair terkenal Faizi menterjemahkan Lilavati, karya klasik matematik, ke dalam bahasa Persia. Dara Shikoh, putera ShahJahan yang berminat dalam bidang falsafah dan mistikisme Hindu bukan sahaja menterjemahkan Upanishad, Bhagavadgita dan Yoga Vashistha ke dalam bahasa Persia, malah beliau menulis Majma-ul-Bahrai (tempat pertemuan dua lawatan) yang merupakan kajian perbandingan falsafah mistik Hindu dan Islam. Terdapat penyair-penyair Hindu seperti Chandran Bhan


Brahman yang telah mengubah syair-syair Persia yang bertaraftinggi, sama seperti Abdul Rahim Khan Khanam dan Ras Khan yang mencipta syair-syair Hindi.

Dalam bidang sent bina, Akbar cuba mengintegrasikan unsur-unsur Muslim dan Hindu, dan mewujudkan stall Mughal seperti yang digambarkan dalamJama Masjid di Fatehpur Sikri. Sent lukisan juga mengalami perubahan besar selepas Akbar menubuhkan akademi lukisan dan pelukis-pelukis Muslim dan Hindu diberikan tugas untuk mencipta lukisan yang menggabungkan unsur- unsur Muslim dan Hindu.

Sebagai suatu kesimpulan, Akbar bukan sahaja mempunyai kepimpinan yang cekap tetapi dapat menyatupadukan rakyatnya melalui dasar-dasar yang adil dan saksama. Baginda dapat mengekalkan perpaduan politik, ekonomi, sosial, dan budaya dalam empayarnya yang mengandungi pelbagai tamadun, terutama Islam, Hindu dan Buddha.

Dalam konteks ini, bandingkan dasar-dasar pemerintahan Akbar dengan pemerintahan Aurangzeb, dan kita dapat gambaran yang bertentangan. Aurangzeb bukan sahaja menjadikan Islam sebagai agama rasmi kerajaan, baginda juga mengamalkan sikap tidak bertoleransi terhadap penganut agama-agama lain, lalu menghancurkan struktur harmoni, sosial dan keagamaan yang dibina oleh Akbar. Penekanan yang diberikan kepada agama Islam begitu kuat sehingga nyanyian, tarian, lukisan dan sajak tidak dibenarkan di balai istana. Bagi menguatkuasakan kod etika Islam untuk semua orang Muslim, baginda melantik pegawai-pegawai di setiap bandar untuk mendenda orang-orang Muslim yang tidak mencapaitarafmoraliti yang ditetapkan. Kemudian baginda melancarkan serangan terhadap Hinduisme, mengharamkan pesta-pesta dan perayaan Hindu pada tahun 1668, menggunakan askar-askarnya untuk merobohkan kuil-kuil Hindu dan institusi pendidikan Hindu. Sejak Mohamad Ghazni, inilah kali pertama India menyaksikan begitu besar bilangan kuil-kuil Hindu di India Utara yang dimusnahkan dan digantikan dengan masjid-masjid.

Dalam bidang pentadbiran, pegawai-pegawai beragama Hindu dalam kerajaan termasuk menteri-menteri yang meninggal dunia digantikan dengan pegawai-pegawai Muslim. Baginda cuba mentadbir empayar tanpa melibatkan orang Hindu tetapi akhirnya menyedari bahawa ia tidak mungkin dapat dilakukan lalu terpaksa mengambil balik kerani-kerani yang dibuang daripada perkhidmatan kerajaan. Dengan tujuan mematuhi undang-undang Sunni, baginda bertindak membatalkan semua cukai ke atas orang-orang Muslim dan kemudian memperkenalkan semula cukai jizayah ke atas orang-orang Hindu.

Dasar Aurangzeb menyebabkan wujudnya perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat bukan Muslim dan kesannya, pemberontakan mula tercetus di seluruh empayarnya. Masyarakat Hindu di Mathura menentang pencabulan kuil-kuil Hindu pada tahun 1669; petani-petani Punjab memberontak pada tahun 1672; orang-orang Sikh melawan kerajaan selepas guru kesembilan komuniti mereka, Tegh Bahadur, dipenggal kepalanya kerana tidak ingin memeluk agama


Islam. Anak Tegh Bahadur, Guru Gobind Singh bersumpah akan membalas dendam demi bapanya dan agamanya lalu mengubah kaum Sikh menjadi tentera 'singa' yang mendedikasikan diri untuk memusnahkan kuasa Mughal. Orang- orang Rajput yang begitu setia kepada Akbar memberontak pada tahun 1679 dan orang-orang Maratha di bawah Shivaji Maharaj berjuang menentang kuasa Mughal untuk mencapai kemerdekaan kawasan mereka. Kebangkitan penentangan dan pemberontakan terhadap kuasa Mughal di seluruh empayar secara beransur-ansur menyumbang kepada kemerosotan dan kejatuhan kerajaan Islam ini.

Berdasarkan perbandingan kepada kedua-dua pemerintahan, kita dapat lihat keperluan dan kepentingan dasar yang adil bagi sesuatu negara yang mempunyai pelbagai tamadun yang mengandungi pelbagai kaum, budaya, agama dan bahasa. Melalui dasar yang rasional menurut penganut Hindu, Akbar dapat menarik perhatian semua rakyatnya terutama di kalangan bukan Muslim untuk diperakui sebagai pemerintah teragung dan memberikan taat setia kepadanya. Manakala pemerintahan Aurangzeb, dianggap telah mengganggu keharmonian dan perpaduan rakyatnya kerana dasarnya yang dianggap berat sebelah dan tidak adil. Kestabilan politik terancam dan kerajaannya sentiasa terpaksa menghadapi kebangkitan penentangan dan pemberontakan dalam empayar. Maka itu, perbezaan dalam dasar-dasar pemerintahan Akbar dan Aurangzeb menjadi pengajaran (teladan) tentang dasar yang harus diamalkan dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia supaya dapat mewujudkan perpaduan dan kestabilan politik.


1 comment:

  1. Casinos Near Harrah's Casino & Resort – Robinsonville, MS - Mapy
    A map showing 충청북도 출장안마 casinos 광주 출장마사지 and other gaming facilities located near Harrah's Casino & 여주 출장마사지 Resort 청주 출장샵 in Robinsonville, 순천 출장샵 MS.

    ReplyDelete